20140730

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.


Bismillah. Hari ini hari kelahiran Mem. Sedikit nukilan untuk Mem tercinta.

Beliau menerima cinta aku ketika yang lain menolak.
Beliau menerima aku dengan apa yang aku ada tanpa syarat.
Beliau tersenyum ketika aku hanya mampu memberi nafkah rm50 sebulan.
Beliau berada rapat di sisi ketika aku tercungap kemiskinan.
Beliau rela tiada langsung barang kemas ketika bertukar dengan surat pajak.
Beliau bertarung nyawa untuk melahirkan 3 puteri kami.
Beliau sanggup menjadi pengasuh 10 budak kecil untuk mencipta sumber kewangan keluarga .
Beliau pemberi semangat ketika yang lain meninggalkan aku.
Beliau tidak pernah merungut ketika aku dahulukan rakan niaga untuk bercuti.
Beliau sentiasa ada dalam apa jua situasi yang aku hadapi.

Terlalu banyak untuk aku tulis. Selamat hari lahir Sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Di doakan jodoh kita di panjangkan hingga ke Jannah. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

   

No comments:

Post a Comment