20140703

Kisah Cinta CEO (Episod 9)


Bismillah. Dari kerana mata turun ke hati. Dari hati timbul perasaan. Perasaan ini di baja dengan betul melahirkan satu penyakit. Penyakit ini jika tidak berjaya kawal akan menyebabkan penyakit angau. Hanya Doktor cinta boleh beri nasihat & tip. Sukar nak sembuh bila virus rindu pula bercambah. Siapa pernah kena penyakit ini? Mandi tak basah, makan tak kenyang. .

Malam itu aku bersiap awal. Janji jam 9 malam, jam 8 malam aku dah ready. Takut terlupa. Aku masih pakai uniform kerja. Tak sempat nak balik bertukar pakaian. Usj dengan Damansara Damai kan jauh. Tepat jam 9 malam dia keluar rumah. Kali ini beliau memakai seluar putih & berbaju hitam. Aku rasa malam ini dia lagi cantik dari malam semalam. Memang dari dahulu lagi aku memang minat awek berbaju hitam berbanding warna Pink. Sebaik sahaja dia duduk & menutup pintu kereta.

Assallammuallaikum. Cantik malam ini?

Aku memberi salam sambil memuji. Teknik salam & memuji boleh juga digunakan dalam marketing tool.

Waallaikumsallam. Ish. Biasa je: Jawab dia sambil tersipu.

Malam ini kita pergi Putrajaya. Ok?: Aku mempelawa dengan pantas.

Nor ok je. Nor pun tak pernah pergi sana: Dia setuju.

30 minit memandu ke sana tidak terasa. Kami rancak berbual. Berbagai topik yang kami bualkan. Cuma bukan topik sukan & politik. Aku membuat satu pusingan besar untuk mencari parking di sekitar Masjid Putrajaya. Walaupun malam itu hari rabu, tetapi lokasi di situ sungguh meriah. Ramai juga keluarga bawa anak masing-masing. Ada juga pasangan muda mudi berdating. Macam kami juga. Mungkin ambil berkat dating sebelah Masjid. Debaran semakin terasa. Masa untuk aku berkata sesuatu sudah tiba. Aku tak boleh tunggu. Masa tidak berpihak pada aku. Lusa dia berpindah ke Tanjung Malim. Dup dap, dup dap, dup dap. Jantung berbunyi.

Nor. Boleh saya bertanya?: Aku mulakan.

Boleh. Apa dia?: Dia membalas.

Kali soalan lebih serius. Harap Nor jujur menjawabnya.: Aku sedikit serius.

Ok. Ok. Nor dengar. : Dia bersedia.

Jangan ketawa ya. : Aku beri amaran.

Ok. Ok. Mana soalannya? : Dia ingatkan semula.

Betul ke Nor tidak ada yang punya. Maksud saya boy friend atau balak. : Aku tanya terus.

Aku sambung lagi.

Jika dah ada harap Nor terus terang sahaja. Saya tak nak ganggu mak we orang lain: Ikhlas dari aku.

Yang nak ramai tapi belum ada yang berkenan.Susah nak percaya lelaki ini. Dah kahwin tapi ngaku bujang pun ada: Dia menjawab.

Ish. Saya masih bujang. :Aku jawab balik.

Jika takde boy friend lagi, saya serius nak berkawan lebih jauh lagi: Aku teruskan langkah.

Malam ini saya nak minta keputusan. Boleh kita berkawan lebih dari kawan: Aku terus terang sahaja.

Nor kena fikir dahulu. Nor kena bincang dengan famili dahulu: Dia memberi jawapan.

Takpe. Biar saya bincang dengan keluarga Nor. Mereka setuju, Nor juga setuju ya?: Aku bertambah yakin.

Baiklah. Mereka setuju. Nor setuju: Jawab dia. He2. .bila hero berbicara.

Malam itu aku tersenyum hingga pagi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas dari wajah aku. Untuk hari ini biar aku merasai kegembiraan itu dengan cara tersendiri. Ada sinar untuk aku bertemu jodoh. Bakal calon dah ada. Cuma restu keluarga dia yang mesti aku dapat. Sekejap, aku nak call dia. Rindu lah..He2

No comments:

Post a Comment