20140702

Kisah Cinta CEO (Episod 8)


Bismillah. Jodoh & pertemuan saling berkait. Jika tidak bertemu bagaimana nak menjemput jodoh. Setiap insan yang sudah berumahtangga mempunyai kisah tersendiri sebelum bernikah. Ini kisah aku, kisah 6 bulan sebelum aku nikah. Jom kita sambung. Peminat dah bising & ada yang tidak sabar ni. He2

Pertemuan secara rasmi aku malam tadi sangat seronok. Si dia sentiasa gembira. Dari raut wajah & gerak badan beliau menunjukkan respon yang positif. Dan paling best sekali apabila dia mengaku belum berpunya. Yahoo! Jerit hati kecil aku. Masih ada peluang buat aku. Walau bagaimanapun aku tak boleh gelojoh. Hero mesti steady. Strategi mesti lebih teratur. Dalam tempoh 3 hari ini aku mesti buat sesuatu luarbiasa. Jumaat ini dia nak pindah. Jika aku masih peluk tubuh, aku juga yang melopong. Lupakan kegembiraan malam tadi. Aku sudah pun perkenalkan diri aku sebenar. Aku cakap nama aku Awie walaupun kat uniform kerja tertera terang nama Abd.Samad. Nama samaran dulu - dulu jer. Sekarang tidak pakai lagi.

Untuk membuktikan tekaan aku tepat, aku beranikan diri, pelawa dia lagi untuk bertemu. Petang itu aku call.

Assallammuallaikum? :Nada suara lembut menjawab. Mungkin dia dah save nombor telefon aku.

Waallaikumsallam. Nor apa khabar? :Jawapan & soalan macho aku.

Nor sihat. Terima kasih. :Jawab dia.

Malam ini free? Saya nak belanja lagi. Sudi? :Kelihatan juga gelojoh aku.

Kenyang malam tadi pun ada lagi ni. Mustahak ke? : Dia jawab balik.

Ada beberapa hal nak tanya. Tidak boleh dalam telefon. Kena cara berdepan: Aku memberi alasan.

Alaa. Jika nak tanya apa-apa, kat telefon pun boleh: Dia pula beri alasan.

Perbualan pujuk memujuk berlangsung. Akhirnya beliau akur. Aku sekali lagi berpeluang untuk jumpa. Malam ini. Ada beberapa soalan yang besar & penting untuk aku bertanya. Aku nekad habis. Jika aku tidak bertanya sudah pasti jawapan yang aku terima sentiasa tidak. Kali ini aku rancang untuk drive lebih jauh. Putrajaya pilihan aku. Boleh borak lama sikit ketika dalam kereta. Jauh pemanduan, banyak soalan. He2

Masa temu janji sudah ditetapkan. Jam 9 malam aku mesti jemput dia. Kali ini, hanya kami berdua. Tidak ada rakan dia ikut. Aku mesti bersedia. Skrip sudah aku hafal. Ada surprise untuk dia. Ada hajat besar dari aku. Mampukah aku berdiri dengan lutut yang semakin goyang ini..sudah terlewat untuk aku pekena kopi jantan tongkat ali..

No comments:

Post a Comment