20140730

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG.


Bismillah. Hari ini hari kelahiran Mem. Sedikit nukilan untuk Mem tercinta.

Beliau menerima cinta aku ketika yang lain menolak.
Beliau menerima aku dengan apa yang aku ada tanpa syarat.
Beliau tersenyum ketika aku hanya mampu memberi nafkah rm50 sebulan.
Beliau berada rapat di sisi ketika aku tercungap kemiskinan.
Beliau rela tiada langsung barang kemas ketika bertukar dengan surat pajak.
Beliau bertarung nyawa untuk melahirkan 3 puteri kami.
Beliau sanggup menjadi pengasuh 10 budak kecil untuk mencipta sumber kewangan keluarga .
Beliau pemberi semangat ketika yang lain meninggalkan aku.
Beliau tidak pernah merungut ketika aku dahulukan rakan niaga untuk bercuti.
Beliau sentiasa ada dalam apa jua situasi yang aku hadapi.

Terlalu banyak untuk aku tulis. Selamat hari lahir Sayang. Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia selalu. Di doakan jodoh kita di panjangkan hingga ke Jannah. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

   

20140728

JALAN SENTIASA ADA.


PS: Salam Aidilfitri CEO ucapkan kepada semua Muslimin dan Muslimat. Moga gembira di samping keluarga. Jika memandu ingatlah orang yang tersayang. Mohan maaf jika ada tersilap dan tersalah laku. Moga hidup kita diberkati Allah sentiasa. Amin.

 

20140726

KAYA DARI SEMALAM

Tabiat mudah menjadi kaya. Simpan setiap hari!


20140725

TIDAK PERLU ALASAN UNTUK KEBAIKAN.

20140723

MEMBANTU ORANG LAIN.


Mentorku Berkata, ' Apabila Kita Membantu Orang Lain, Sebenarnya Kita Membantu Diri Sendiri Kerana Apa Jua Kebaikan Yang Kita Lakukan Akan Berbalik Kepada Kita. Begitu Juga Sebaliknya.' Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Nak bisnes tanpa modal? Daftar sebagai agen dropship kami di sini.
www.herskin2u.com


   

20140721

TESTIMONI KEJAYAAN

20140717

BUKU RAHSIA KEJAYAAN CEO.


Hubungi kami di talian 012-905 1818 untuk info lanjut. Terima kasih.

 

TIP BISNES DARI RUMAH: SEBAB PELANGGAN SUKA BERURUSAN DENGAN KITA.


Mengapa pelanggan suka berurusniaga dengan kita?

Pelanggan suka berurusniaga dengan kita hanya dua sebab ini.
  1. Mereka suka atau percaya malah cinta dengan kita.
  2. Produk atau perkhidmatan kita membantu menyelesaikan masalah mereka atau menjadikan mereka lebih baik.
Dua perkara ini menjadi asas untuk mencipta tool marketing perniagaan kita. Walau bagaimana hebat pun alat pemasaran kita, dua perkara ini mesti menjadi rujukan dahulu.

Pelanggan tidak mungkin membayar kita jika mereka benci atau tidak percaya kita. Mereka juga tidak akan berurusan dengan kita andai produk atau servis kita tidak membantu mereka. Sebelum kita berurusan dengan pelanggan, pastikan syarat di atas di penuhi.

Jujur dengan pelanggan mereka mesti suka. Penampilan menarik memikat hati mereka. Datang awal di setiap temu janji. Beri diskaun tanpa tunggu di tanya. Panggil gelaran nama yang pelanggan suka. Cipta rekod peribadi yang baik. Berkawan dengan orang yang positif. Senyum sentiasa. Beri lebih nilai. Buat lebih daripada yang di harapkan. Tadah dua telinga jika mereka bercakap. Pastikan kita faham dengan jelas keperluan pelanggan. 

Beri tip berguna dengan percuma. Bahasa badan mesti jaga. Tinggalkan mereka dalam keadaan yang gembira walaupun mereka tidak membeli. Jangan mengutuk pesaing di hadapan pelanggan. Bina hubungan dahulu sebelum jualan. Anggap sahaja semua pelanggan kita sebagai sahabat.Tanya khabar mereka. Berborak tentang perkara yang baik sahaja. Tentang mereka nak dengar sahaja. Sayangi anak-anak mereka. Hormati ibubapa pelanggan. Belajar emosi pelanggan Melayu. Selami adat kaum Cina. Kuasai bahasa badan kaum India. Baik hati dengan pelanggan Bangladesh. Tekuni apa pelanggan Pakistan mahu. Pendekata, mesti bijak & seronok berurusniaga dengan semua bangsa di atas planet bumi ini.

Jika dua perkara ini kita kuasai. Mereka seronok membayar kita dengan rela. Dompet kita lebih kembong dengan rezeki yang halal. Mereka juga menjadi jurujual kita secara percuma. Mereka pasti rekemen kepada keluarga & sahabat handai. Malah boleh menjadi pelanggan ke generasi seterusnya.
Ingat dua perkara di atas. Kita bukan sahaja berjaya berurusan dengan pelanggan kita malah kita juga menjadi pilihan untuk berniaga dengan semua orang di belakang pelanggan tersebut. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
 

20140716

PELABURAN PALING HEBAT

20140715

BISNES BIARLAH BERJEMAAH.

USAHAWAN JUJUR


BINA HUBUNGAN.


Untuk lebih cepat berjaya, sentiasa bina hubungan dengan orang yang lebih berjaya. In Shaa ALLAH. Amin.

Ok ke ok? He2 kopi satu!

20140712

PENGHALANG KEJAYAAN.


Mentorku Bisnesku Berkata, ' Ada Dua Sebab Yang Utama Penghalang Kejayaan Jualan :
1: Rasa Takut Gagal
2: Takut Penolakan Dari Prospek'. 
Ceo setuju. Ini hanya emosi. Emosi sebegini umpama budak kecil yang takut kepada imaginasi sendiri. Lawan sahaja cakap budak kecil dalam diri. In Shaa ALLAH. He2 kopi satu!

INSAN DISEBALIK KEJAYAAN.

20140711

TIP BISNES DARI RUMAH: SKRIP BERCAKAP DI TELEFON


Sebagai seorang Usahawan, kita berurusan dengan manusia. Bukan dengan pokok, haiwan & kenderaan. Mereka membayar kita atas pembelian produk atau servis kita. Mereka akan pilih untuk membayar kepada siapa yang mereka suka & percaya. Walaupun menjual produk yang sama di pasaran yang serupa, ada Usahawan boleh menjual dengan banyak tetapi ada Usahawan berjaya menjual sedikit. Ada yang langsung gagal menjual. Mesti ada perbezaan antara mereka. Sebagai contoh, Jom Ceo tunjuk. Skrip bercakap dalam telepon. Ini yang berlaku kat Ceo ketika awal perniagaan. Apabila ada prospek call untuk bertanya.

Prospek: Hello, saya nak bertanya, saya ada tengok iklan produk Tuan di akbar, berapa harganya?
Ceo: Rm150 sebotol 30biji Tuan.
Prospek: Mahalnya. Nanti saya hubungi semula. Hujung bulan ini saya order. Takde diskaun ke. Saya tunggu gaji. Saya tunggu bonus.

Ini jawapan lazim yang Ceo terima. Tiada jualan berlaku. Proses ini mematangkan Ceo. Manusia ini mesti di belai emosi. Berjaya dalam bab ini, urusan seterusnya sangat mudah. Ini contoh kedua dengan soalan yang sama. Cuma kali ini Ceo ubah sedikit skrip dalam telefon.

Prospek: Hello. Saya nak bertanya, saya ada tengok iklan Tuan di akbar, boleh saya tahu berapa harganya?
Ceo: Hello. Nama Tuan siapa ya. Tuan buat panggilan dari mana?
Prospek: Saya Ahmad. Dari Ipoh.
Ceo: Wah. Suara Tuan ceria hari ini. Umur Tuan berapa?
Prospek: Ish mana ada. Umur dah tua ni. 55 tahun dah.
Ceo: Kelihatan suara Tuan lebih muda dari umur. Mesti ada rahsia ini.

Bermula dengan bina hubungan. Cari peluang untuk memuji pemanggil. Beri mereka seronok dengan kita.

Ceo: Tuan sayang Isteri?
Prospek: Mesti sayang.
Ceo: Tuan sanggup bayar Rm5 untuk gembirakan Isteri?
Prospek: Boleh. Takde masalah.
Ceo: Jika bayar Rm5 sehari Tuan & pasangan gembira & bahagia. Setuju?
Prospek: Setuju.
Ceo: Harga produk ini bernilai Rm150 untuk kegunaan 30 hari. Sehari Rm5 sahaja. Setuju?
Prospek: Ok. Tolong beri nombor akaun bank. Saya nak bankin sekarang. Beli 2 botol ada diskaun?
Ceo: Saya sms nombor akaun & ada diskaun jika beli lebih. Terima kasih.

Selepas ubah skrip bercakap, jualan terus mencanak naik. Faham apa keperluan pelanggan menjadikan kita cekap untuk mengunci jualan. Jurujual berilmu berbeza dengan jurujual yang biasa. Mereka terdesak untuk menjual. Yang berilmu pula, mereka lebih seronok untuk berkongsi. In Shaa ALLAH. Amin. '

Ada belajar sesuatu di sini?

Ps : Ilmu ini yang nak Ceo kongsi kepada anak murid Ceo. Ada yang nak jadi anak didik Ceo?
  

20140710

TIP BISNES DARI RUMAH: MERANCANG





Orang yang tidak merancang untuk berjaya secara automatik merancang untuk gagal. Ianya berlaku tanpa sedar. Untuk menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah kita juga mesti bijak merancang. Tulis rancangan yang hendak di lakukan esok hari sebelum masuk tidur. Tulis di atas kertas dengan jelas & ikut perancangan itu dengan teliti. Mesti siapkan apa yang di tulis itu. Contoh, kita baru hendak mulakan satu perniagaan. Malam itu kita tulis apa yang hendak di buat esok hari. Berikut contohnya:


  1. Daftar Syarikat di Ssm.
  2. 3 nama yang sesuai sudah di tulis.
  3. Buat cop bisnes.
  4. Buat name card.
  5. Beli resit sementara.
  6. Pergi bank untuk daftar akaun semasa. Intoducer di perlukan bagi setengah bank. Jumpa introducer dahulu untuk cop & tanda tangan borang.
  7. Laminate sijil Ssm.

Jangan terkejut. Perkara ini boleh disiapkan dalam tempoh sehari. Ada Usahawan perlu masa berbulan - bulan untuk siapkan perkara di atas. Mereka suka bertangguh. Usahawan mesti ikut gerak kerja Jutawan. Mereka bergerak mengikut perancangan harian, bulanan & tahunan. Mereka bergerak pantas & tahu bila berhenti. Ambil pen & kertas sekarang. Tulis apa yang hendak di buat esok. Apa yang di tangguh selama ini. Buat. Buat. Buat.Buat. Buat. Hingga siap. Pesaing terlopong melihat kita jauh di depan. Turbo ini mesti di buat. Turbo ini mesti di amalkan. Turbo ini mesti di kuasai jika ingin bergelar Jutawan Dari Rumah. In Shaa ALLAH. Amin. '

Boleh ke boleh? He2 kopi satu! 
  

20140709

UCAPAN SYAWAL TRUETECH DALAM MINGGUAN WANITA

TIP BISNES DARI RUMAH: 7 KEMAHIRAN


7 kemahiran mesti di kuasai. Ianya menentukan prestasi serta tahap pendapatan kita. Kemahiran yang perlu dipupuk adalah:
1 : Kemahiran mencari prospek.
2 : Kemahiran skil membuat persembahan.
3 : Kemahiran mengenali keperluan pelanggan.
4 : Kemahiran untuk menjawab komplen pelanggan.
5 : Kemahiran mendapat tempahan pelanggan.
6 : Kemahiran mendapat tempahan ulangan.
7 : Kemahiran mendapat tempahan ulangan, setia & banyak.
Kemahiran ini mesti di kuasai jika mahu menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah. Berita baik. Kemahiran ini boleh di pelajari. Kita hanya perlu melatih diri supaya mengamalkannya. Expert juga bermula sebagai beginner. Betul ke betul? He2 kopi satu!

20140707

TIP BISNES DARI RUMAH.

20140706

PEMBELI BUKU CEO YANG PERKASA

20140705

ALASAN KEMISKINAN

20140704

IKLAN TANPA HENTI.


Mentorku Bisnesku Berkata, ' Jangan Biarkan Sehari Pun Tanpa Iklankan Produk Kita'. Ceo setuju. Iklan umpama kedai. Tiada iklan umpama kita menutup kedai sendiri. Betul ke betul? He2 kopi satu!

20140703

KAMI TELAH BERSEDIA. ANDA?

Kisah Cinta CEO (Episod 9)


Bismillah. Dari kerana mata turun ke hati. Dari hati timbul perasaan. Perasaan ini di baja dengan betul melahirkan satu penyakit. Penyakit ini jika tidak berjaya kawal akan menyebabkan penyakit angau. Hanya Doktor cinta boleh beri nasihat & tip. Sukar nak sembuh bila virus rindu pula bercambah. Siapa pernah kena penyakit ini? Mandi tak basah, makan tak kenyang. .

Malam itu aku bersiap awal. Janji jam 9 malam, jam 8 malam aku dah ready. Takut terlupa. Aku masih pakai uniform kerja. Tak sempat nak balik bertukar pakaian. Usj dengan Damansara Damai kan jauh. Tepat jam 9 malam dia keluar rumah. Kali ini beliau memakai seluar putih & berbaju hitam. Aku rasa malam ini dia lagi cantik dari malam semalam. Memang dari dahulu lagi aku memang minat awek berbaju hitam berbanding warna Pink. Sebaik sahaja dia duduk & menutup pintu kereta.

Assallammuallaikum. Cantik malam ini?

Aku memberi salam sambil memuji. Teknik salam & memuji boleh juga digunakan dalam marketing tool.

Waallaikumsallam. Ish. Biasa je: Jawab dia sambil tersipu.

Malam ini kita pergi Putrajaya. Ok?: Aku mempelawa dengan pantas.

Nor ok je. Nor pun tak pernah pergi sana: Dia setuju.

30 minit memandu ke sana tidak terasa. Kami rancak berbual. Berbagai topik yang kami bualkan. Cuma bukan topik sukan & politik. Aku membuat satu pusingan besar untuk mencari parking di sekitar Masjid Putrajaya. Walaupun malam itu hari rabu, tetapi lokasi di situ sungguh meriah. Ramai juga keluarga bawa anak masing-masing. Ada juga pasangan muda mudi berdating. Macam kami juga. Mungkin ambil berkat dating sebelah Masjid. Debaran semakin terasa. Masa untuk aku berkata sesuatu sudah tiba. Aku tak boleh tunggu. Masa tidak berpihak pada aku. Lusa dia berpindah ke Tanjung Malim. Dup dap, dup dap, dup dap. Jantung berbunyi.

Nor. Boleh saya bertanya?: Aku mulakan.

Boleh. Apa dia?: Dia membalas.

Kali soalan lebih serius. Harap Nor jujur menjawabnya.: Aku sedikit serius.

Ok. Ok. Nor dengar. : Dia bersedia.

Jangan ketawa ya. : Aku beri amaran.

Ok. Ok. Mana soalannya? : Dia ingatkan semula.

Betul ke Nor tidak ada yang punya. Maksud saya boy friend atau balak. : Aku tanya terus.

Aku sambung lagi.

Jika dah ada harap Nor terus terang sahaja. Saya tak nak ganggu mak we orang lain: Ikhlas dari aku.

Yang nak ramai tapi belum ada yang berkenan.Susah nak percaya lelaki ini. Dah kahwin tapi ngaku bujang pun ada: Dia menjawab.

Ish. Saya masih bujang. :Aku jawab balik.

Jika takde boy friend lagi, saya serius nak berkawan lebih jauh lagi: Aku teruskan langkah.

Malam ini saya nak minta keputusan. Boleh kita berkawan lebih dari kawan: Aku terus terang sahaja.

Nor kena fikir dahulu. Nor kena bincang dengan famili dahulu: Dia memberi jawapan.

Takpe. Biar saya bincang dengan keluarga Nor. Mereka setuju, Nor juga setuju ya?: Aku bertambah yakin.

Baiklah. Mereka setuju. Nor setuju: Jawab dia. He2. .bila hero berbicara.

Malam itu aku tersenyum hingga pagi. Cahaya kegembiraan terpancar jelas dari wajah aku. Untuk hari ini biar aku merasai kegembiraan itu dengan cara tersendiri. Ada sinar untuk aku bertemu jodoh. Bakal calon dah ada. Cuma restu keluarga dia yang mesti aku dapat. Sekejap, aku nak call dia. Rindu lah..He2

20140702

Kisah Cinta CEO (Episod 8)


Bismillah. Jodoh & pertemuan saling berkait. Jika tidak bertemu bagaimana nak menjemput jodoh. Setiap insan yang sudah berumahtangga mempunyai kisah tersendiri sebelum bernikah. Ini kisah aku, kisah 6 bulan sebelum aku nikah. Jom kita sambung. Peminat dah bising & ada yang tidak sabar ni. He2

Pertemuan secara rasmi aku malam tadi sangat seronok. Si dia sentiasa gembira. Dari raut wajah & gerak badan beliau menunjukkan respon yang positif. Dan paling best sekali apabila dia mengaku belum berpunya. Yahoo! Jerit hati kecil aku. Masih ada peluang buat aku. Walau bagaimanapun aku tak boleh gelojoh. Hero mesti steady. Strategi mesti lebih teratur. Dalam tempoh 3 hari ini aku mesti buat sesuatu luarbiasa. Jumaat ini dia nak pindah. Jika aku masih peluk tubuh, aku juga yang melopong. Lupakan kegembiraan malam tadi. Aku sudah pun perkenalkan diri aku sebenar. Aku cakap nama aku Awie walaupun kat uniform kerja tertera terang nama Abd.Samad. Nama samaran dulu - dulu jer. Sekarang tidak pakai lagi.

Untuk membuktikan tekaan aku tepat, aku beranikan diri, pelawa dia lagi untuk bertemu. Petang itu aku call.

Assallammuallaikum? :Nada suara lembut menjawab. Mungkin dia dah save nombor telefon aku.

Waallaikumsallam. Nor apa khabar? :Jawapan & soalan macho aku.

Nor sihat. Terima kasih. :Jawab dia.

Malam ini free? Saya nak belanja lagi. Sudi? :Kelihatan juga gelojoh aku.

Kenyang malam tadi pun ada lagi ni. Mustahak ke? : Dia jawab balik.

Ada beberapa hal nak tanya. Tidak boleh dalam telefon. Kena cara berdepan: Aku memberi alasan.

Alaa. Jika nak tanya apa-apa, kat telefon pun boleh: Dia pula beri alasan.

Perbualan pujuk memujuk berlangsung. Akhirnya beliau akur. Aku sekali lagi berpeluang untuk jumpa. Malam ini. Ada beberapa soalan yang besar & penting untuk aku bertanya. Aku nekad habis. Jika aku tidak bertanya sudah pasti jawapan yang aku terima sentiasa tidak. Kali ini aku rancang untuk drive lebih jauh. Putrajaya pilihan aku. Boleh borak lama sikit ketika dalam kereta. Jauh pemanduan, banyak soalan. He2

Masa temu janji sudah ditetapkan. Jam 9 malam aku mesti jemput dia. Kali ini, hanya kami berdua. Tidak ada rakan dia ikut. Aku mesti bersedia. Skrip sudah aku hafal. Ada surprise untuk dia. Ada hajat besar dari aku. Mampukah aku berdiri dengan lutut yang semakin goyang ini..sudah terlewat untuk aku pekena kopi jantan tongkat ali..

TRUETECH COSMETICS


20140701

PEMBELI BUKU CEO