20140628

Kisah Cinta CEO (Episod 7)


Bismillah. Alhamdulillah. Selesai puasa pertama aku hari ini. Maghrib tadi bawa isteri & anak-anak berbuka bersama emak. Emak sangat gembira dengan kehadiran kami. Riak wajah yang happy jelas terpancar. Dah 2 hari aku tak menulis kisah ini. Jom kita sambung.

Usaha aku sudah menampakkan hasil. Si dia sudi nak berjumpa. Peluang ini pasti aku guna sebaik mungkin. Lokasi untuk makan malam sudah aku survey. Masalah utama yang menjadi cabaran aku adalah baju yang hendak di pakai. Sepatutnya aku mesti berpakaian lebih rapi. Penampilan diri sangat memainkan peranan. Aku tak sempat balik untuk menukar pakaian. Aku cuma boleh jumpa dia dengan baju uniform driver. Baju putih & seluar hitam. Ini peluang yang pertama. Jika silap langkah ini juga peluang yang terakhir. Debaran makin terasa. Masa begitu pantas berlalu.

Seperti dijanjikan, aku datang 15 minit lebih awal. Datang awal perkara biasa bagi aku. Sebab aku sudah di latih dalam bidang aku untuk sentiasa lebih awal menunggu Boss. Dalam bisnes pun kita mesti begitu. Biar kita menunggu jangan kita di tunggu. Aku mesti tenang. Petang tadi segala aku cek. Misai aku pastikan tidak lebih dari mulut. Bulu hidung juga aku potong. Bau badan sudah wangi. Kasut hitam berkilat. Rambut tercacak dengan bantuan gel. Yes. Aku dah ready.

Beliau keluar dengan berteman. Beliau bawa kawan serumah sekali. Mungkin malu atau faktor keselamatan. Aku tak kisah. Janji aku boleh berjumpa. Aku jemput dia naik kereta proton wira maron. Berkilat luar biasa malam itu. He2

Assallammuallaikum? : Aku memberi salam seraya beliau masuk.

Waallaikumsallam : Suara lunak menjawab.

Dah makan?:Soalan standard dari aku.

Makan siang sudah. Malam belum: Jawab dia ringkas.

Jom saya belanja makan. Nak makan apa? :Pelawa aku.

Tak kisah: Jawab dia.

Ok. Kita ke Kota Damansara. Boleh? :Aku beri cadangan.

Ok. Boleh: Dia setuju.

Yes. Segala apa yang dirancang siang sudah berjaya. Bersedia lebih baik dari plan last minit. Sepanjang perjalanan ke lokasi tempat makan, kami berbual mesra. Sekali sekala teman dia pun ada menyampuk dari kerusi belakang. Sikap aku yang sangat friendy membuat kami tidak kekok. Seolah olah kami sudah lama berkenalan. Setiap lawak aku di sambut dengan ketawa.

Sampai tempat lokasi, kawan dia duduk meja lain. Dia semacam faham. Aku dengan dia duduk mengadap satu sama lain. Dari itu sedikit sebanyak aku tahu pasal dia. Rupanya minggu itu minggu terakhir beliau bekerja. Hari Jumaat nanti beliau akan berpindah & bekerja di Tanjung Malim. Nasib baik aku pantas bertindak. Malam itu pula hari Selasa. Siang tadi aku ada berjanji, jika selepas jumpa aku malam ini, jika beliau tidak mahu berkawan dengan aku, aku tidak paksa. Peluang yang beliau berikan aku guna sebaiknya. Malam itu aku asyik dengan keayuan wajahnya. Kami bersembang dengan rancak. Masa 2 jam bersama tidak sedar sudah berlalu. Jam 11 tepat aku bersedia untuk hantar beliau balik semula. Esok beliau kerja pagi. Aku sudah tunaikan janji aku. Aku sudah perkenalkan diri aku secara bersemuka. Aku sudah beri yang terbaik. Kami selamat sampai depan rumah dia. Aku terus memandu semula pulang ke rumah aku setelah dia & kawan dia selamat masuk rumah.

Dalam perjalanan pulang, berbagai yang aku fikir. Aku mesti buat sesuatu sebelum Jumaat ini. Aku mesti cipta sebab untuk jumpa dia lagi. Angau aku kembali lagi. Kali ini berganda - ganda. Nasib aku di tentukan dalam 3 hari ini..

No comments:

Post a Comment