20140626

Kisah Cinta CEO. (Episod 5)


Bismillah. Bila masih bujang orang akan tanya,'Bila nak kahwin?
Bila dah kahwin orang akan tanya,'Bila nak dapat anak?
Bila dah ada anak satu orang akan tanya,'Bila nak dapat nombor dua?
Bila dapat anak lelaki orang akan tanya,'Bila nak dapat anak perempuan?
Pernah dengar soalan ini? Kitaran biasa bila berjumpa atau berada di majlis. Cuma agak jarang orang bertanya bila sudah berkahwin satu, 'Bila nak kahwin lagi satu? He2 lupakan hal ini. Jom ikut Ceo. Kita sambung episod ini..

Aku bagai hilang semangat. Dua percubaan aku gagal. Aku yakin suara itu si dia yang aku minat. Dia mungkin tidak minat ngan aku kot. Atau dia dah biasa terima panggilan sebegitu. Biasalah jika Tuhan beri anugerah kecantikan pasti ramai yang menaruh harapan tinggi. Saham tengah tinggi. Pilihan mesti banyak. Jika setakat driver macam aku mungkin dia tak pandang. Fikiran aku berlegar. Berbagai andaian yang aku sendiri tafsirkan. Setakat nak berkahwin sahaja mudah. Tetapi biar aku memilih taste aku sendiri. Bukan takde yang suka kat aku. Tapi aku tak yakin untuk berpura - pura menyayangi insan yang betul suka aku. Kasihan nanti..Biar aku kata tidak dari awal.

Aku tak ada pengalaman mengorat secara berdepan. Awek pertama aku bertahan seminggu je. Ketika aku tidak matang dan ghairah dengan motosikal. Awek kedua, dia yang mengorat aku. Awek ketiga mengorat jarak jauh. Guna telefon jer. Langsung tak sama. Skil mengorat aku mesti asah semula & upgrade. Mengorat secara gerila marketing ini. Aku kuatkan semangat. Now or never..

Malam itu aku call lagi..

Hello? Stesen minyak USJ? Suara wanita menjawab.

Hello. Boleh saya bercakap dengan Nor? Aku slow tetapi steady cakap.

Siapa ini? Suara itu bertanya.

Saya Awie. Ni Nor ke? Aku terus tanya.

Ya. Jawab beliau.

Yes! Yes! Yes! Akhirnya. Jawab aku dalam hati.

Nor ingat saya? Saya beli coklat berbaju uniform putih semalam. Aku cuba ingatkan dia.

Entah. Saya tak ingat. Pelanggan coklat ramai :Jawab dia. Adoi.

Aku cuba untuk explain. Tetapi beliau masih tak boleh cam aku. Puas aku ingatkan.

Oklah. Ada pelanggan. Kawan saya nak cakap. Ok. Bye: Akhir perbualan kami.

Telefon itu diserahkan kepada kawan dia bernama Nanie. Nanie sambung berborak ringkas dengan aku. Mungkin Nanie kasihan atau simpati dengan aku, dia beri nombor telefon awek itu. Aku terima dengan senyuman sampai telinga. Tak pasti pula nombor ini betul. Tapi sudah ada sedikit harapan untuk aku. Hati aku kembali berbunga.. Harapan masih ada. Kumbang sekor ini sudah bersedia untuk kukuhkan kedudukan..

No comments:

Post a Comment