20140623

Kisah Cinta CEO (Episod 1)


Bismillah. Aku bernikah pada 1 April 2005. Ketika itu umur aku 35 tahun. Masih lagi memegang jawatan driver Boss syarikat. Apa nak buat, ramai awek tak sudi sebelum itu. Perkenalan ringkas menarik jodoh. Jom aku kongsi cerita aku. Kisah 6 bulan sebelum aku bernikah.

Seperti biasa, rutin aku setiap hari hadir jam 6am untuk jemput Boss & hantar beliau ke pejabat. Boss menetap di Usj 10 & pejabat di Jalan Kilang, Pj,Selangor. Setel aje Boss aku berpatah balik untuk jemput Isteri & anak tunggal beliau untuk dihantar ke Pejabat di Tropicana & ke sekolah pula. Aku akan sarapan pagi selepas semua ini. Kemudian, dengan berbaju pagoda, aku bersiap pula untuk cuci kereta & bersihkan segalanya kenderaan rasmi Boss. Jam 12 tengahari aku bersiap sedia jika Boss nak khidmat aku untuk hantar beliau lunch atau meeting. Jam 3 pm aku ke sekolah anak Boss untuk pickup & hantar balik ke rumah.

Selepas itu aku ke Tropicana untuk jemput Isteri Boss pula. Selesai isteri Boss aku ke pejabat semula untuk jemput Boss. Ini adalah sebahagian rutin aku sebagai seorang driver. Aku enjoy dengan kerja aku. Aku mempunyai rekod yang sangat baik dari segi pemanduan. Tiada kemalangan mahu pun sebarang saman dalam tempoh 10 tahun aku berkhidmat.

Satu petang, ketika menunggu Boss & keluarga dia makan, aku pergi ke stesen minyak berlogo hijau untuk membeli coklat. Bukan jenama Cadbury ya. Memang selalu aku pergi isi petrol kat situ. Cuci kereta pun kerap.
'Beli coklat je Bang. Air minuman tak nak? Tegur awek kaunter itu.

'Coklat aje. Air minuman sudah ada dalam kereta'. Balas aku.

Apabila aku tengok awek kaunter itu, hati aku berkata. Lawanya awek ni. Siapa dia. Nama siapa. Umur berapa. Tinggal mana. Dah ada balak ke. Hati aku sudah berkenan. Jiwa aku sudah tercuit. Panah asmara sudah tepat terpacak di dada. Selepas peristiwa itu, aku kerap pula ke sana. Ada karan memanggil aku ke situ. Coklat kat situ lebih nikmat untuk di makan. Petrol terbaik pun di situ. Car wash paling bersih pun kat situ. He2. .Aku dah angau. Itu lebih kurang kisah aku jumpa dengan jodoh aku. Kegemaran makan coklat jer menjadi asbab aku temui isteri. He2 kopi satu!

No comments:

Post a Comment