20140607

KETAGIHAN KEJAYAAN #5


Ketagihan kelima: Ketagihan Menyimpan.

Usaha untuk mencari duit di lakukan melalui pekerjaan atau perniagaan. Aktiviti ini paling ramai orang buat untuk mendapatkan wang. Mencari & belanja semula duit adalah perkara biasa dalam kehidupan. Hatta budak kecil juga boleh buat. Untuk berjaya, ketagih menyimpan mesti dipupuk. Simpan untuk dilupakan. Amalkan setiap hari sudah menjadikan kita lebih kaya dari sebelum. Formula asas untuk membina kekayaan bermula dengan tabiat. Tembok kubu kewangan peribadi juga terbina dengan ketagihan ini. Ketagihan ini mesti bermula secepat mungkin. Amalkan setiap hari. Amalkan setiap kali mendapat duit. Peluang pasti dapat dikutip jika duit sudah berada di tangan. Anak-Anak tidak perlu berhutang untuk belajar. Ikat perut dipermulaan. Kalis iklan di perjalanan. Berkongsi rezeki di setiap kejayaan. 
 
Tiada guna jualan berjuta setahun tanpa ada sejumlah wang untuk di simpan. Untuk menjadi kaya bertambah kaya, ketagihan ini mesti mengalir dalam jiwa. Ketagihan menyimpan lebih nikmat dari berbelanja sudah ada sikap seorang Jutawan. Cuba 3 bulan untuk yang baru. Mulakan rm10 sehari dahulu. Buang ego di kaunter bank. Tambah nilai tersebut bila dah selesa. Ketagihan ini menjemput segala macam peluang di masa hadapan. Ketagihan ini bertambah seronok jika angka mula berbicara. Tidak akan kalah jika menyimpan. Tembok kebal kukuh berdiri dari tsunami kewangan. Ketagihan ini mesti di tekuni. Formula asas membina kekayaan. Simpan. Simpan. Simpan. Lupakan. In Shaa ALLAH. '

No comments:

Post a Comment