20140630

NIKMAT MENYIMPAN.



20140628

Kisah Cinta CEO (Episod 7)


Bismillah. Alhamdulillah. Selesai puasa pertama aku hari ini. Maghrib tadi bawa isteri & anak-anak berbuka bersama emak. Emak sangat gembira dengan kehadiran kami. Riak wajah yang happy jelas terpancar. Dah 2 hari aku tak menulis kisah ini. Jom kita sambung.

Usaha aku sudah menampakkan hasil. Si dia sudi nak berjumpa. Peluang ini pasti aku guna sebaik mungkin. Lokasi untuk makan malam sudah aku survey. Masalah utama yang menjadi cabaran aku adalah baju yang hendak di pakai. Sepatutnya aku mesti berpakaian lebih rapi. Penampilan diri sangat memainkan peranan. Aku tak sempat balik untuk menukar pakaian. Aku cuma boleh jumpa dia dengan baju uniform driver. Baju putih & seluar hitam. Ini peluang yang pertama. Jika silap langkah ini juga peluang yang terakhir. Debaran makin terasa. Masa begitu pantas berlalu.

Seperti dijanjikan, aku datang 15 minit lebih awal. Datang awal perkara biasa bagi aku. Sebab aku sudah di latih dalam bidang aku untuk sentiasa lebih awal menunggu Boss. Dalam bisnes pun kita mesti begitu. Biar kita menunggu jangan kita di tunggu. Aku mesti tenang. Petang tadi segala aku cek. Misai aku pastikan tidak lebih dari mulut. Bulu hidung juga aku potong. Bau badan sudah wangi. Kasut hitam berkilat. Rambut tercacak dengan bantuan gel. Yes. Aku dah ready.

Beliau keluar dengan berteman. Beliau bawa kawan serumah sekali. Mungkin malu atau faktor keselamatan. Aku tak kisah. Janji aku boleh berjumpa. Aku jemput dia naik kereta proton wira maron. Berkilat luar biasa malam itu. He2

Assallammuallaikum? : Aku memberi salam seraya beliau masuk.

Waallaikumsallam : Suara lunak menjawab.

Dah makan?:Soalan standard dari aku.

Makan siang sudah. Malam belum: Jawab dia ringkas.

Jom saya belanja makan. Nak makan apa? :Pelawa aku.

Tak kisah: Jawab dia.

Ok. Kita ke Kota Damansara. Boleh? :Aku beri cadangan.

Ok. Boleh: Dia setuju.

Yes. Segala apa yang dirancang siang sudah berjaya. Bersedia lebih baik dari plan last minit. Sepanjang perjalanan ke lokasi tempat makan, kami berbual mesra. Sekali sekala teman dia pun ada menyampuk dari kerusi belakang. Sikap aku yang sangat friendy membuat kami tidak kekok. Seolah olah kami sudah lama berkenalan. Setiap lawak aku di sambut dengan ketawa.

Sampai tempat lokasi, kawan dia duduk meja lain. Dia semacam faham. Aku dengan dia duduk mengadap satu sama lain. Dari itu sedikit sebanyak aku tahu pasal dia. Rupanya minggu itu minggu terakhir beliau bekerja. Hari Jumaat nanti beliau akan berpindah & bekerja di Tanjung Malim. Nasib baik aku pantas bertindak. Malam itu pula hari Selasa. Siang tadi aku ada berjanji, jika selepas jumpa aku malam ini, jika beliau tidak mahu berkawan dengan aku, aku tidak paksa. Peluang yang beliau berikan aku guna sebaiknya. Malam itu aku asyik dengan keayuan wajahnya. Kami bersembang dengan rancak. Masa 2 jam bersama tidak sedar sudah berlalu. Jam 11 tepat aku bersedia untuk hantar beliau balik semula. Esok beliau kerja pagi. Aku sudah tunaikan janji aku. Aku sudah perkenalkan diri aku secara bersemuka. Aku sudah beri yang terbaik. Kami selamat sampai depan rumah dia. Aku terus memandu semula pulang ke rumah aku setelah dia & kawan dia selamat masuk rumah.

Dalam perjalanan pulang, berbagai yang aku fikir. Aku mesti buat sesuatu sebelum Jumaat ini. Aku mesti cipta sebab untuk jumpa dia lagi. Angau aku kembali lagi. Kali ini berganda - ganda. Nasib aku di tentukan dalam 3 hari ini..

20140627

Kisah Cinta CEO (Episod 6)


Bismillah. Alhamdulillah. Kita dah sampai ke episod 6. Sekejap aje masa berlalu. Isteri aku pun suka baca kisah bagaimana aku mengorat dia. Mengorat pun mesti ada strategi. Soalan ketika bertanya pun mesti ada skil. Manusia beremosi. Bijak sentuh emosi apa yang dia suka, perkara lain menjadi kacang. Tak percaya? Pernah jumpa awek punya lah cun tetapi balak muka pecah rumah. Di kartun kan lagi dalam filem Beauty & The Beast. Jom kita sambung lagi..

Nombor telefon yang aku terima berjaya gembirakan hati kecil aku. Call boleh. Sms pun boleh. Ada kelebihan di situ. Aku pilih untuk call. Sepanjang pagi itu, panggilan aku tidak terjawab. Banyak kerja yang tergendala akibat asyik membuat panggilan sahaja. Waktu pagi itu sudah menjadi pagi yang lama. Terasa waktu yang bergerak itu sangat perlahan. Sabar aje lah wahai hati. Sekitar jam 3 petang panggilan aku terjawab.

Assallammuallaikum? Suara indah memberi salam.

Waallaikumsallam: Suara macho aku menjawab.

Boleh bercakap dengan Nor?: Aku tanya lagi.

Ya. Saya Nor. Siapa ni? :Indahnya suara yang membalas.

Saya Awie. Pernah beli coklat kat tempat Nor kerja. Masih ingat?: Bersungguh aku kenalkan diri.

Nor tak ingat. Pelanggan ramai & susah nak cam: Jawab dia.

Sepanjang pagi ini saya ada call. Kenapa tak jawab. Busy ke? Aku mulakan perbualan.

Sorry.Nor tidur. Malam tadi kerja malam. Kredit habis nak balas balik: Dia semakin selesa dengan aku.

Hari ini kerja malam juga ke? :Spontan soalan aku.

Nor cuti: Ringkas tetapi penuh makna bagi aku.

Malam ini free? Saya nak perkenalkan diri: Aku menawarkan diri.

Pada awalnya agak sukar untuk dia menerima ajakan aku. Tetapi skil mengorat yang sudah di naik taraf akhirnya beliau setuju. Dengan syarat dia bawa kawan. Untuk alasan kecil itu aku terus setuju. Kan dah cakap kumbang sekor ini berbeza dari kumbang yang lain..

Sebab dah lama sangat tak dating dengan mana - mana awek, lokasi untuk bawa beliau & kawan dia menjadi buntu. Temu janji jam 9 malam. Tempat pertama dating mesti menjadi pilihan tepat. Aku tidak ada idea. Aku pergi kedai buku & mencari majalah yang sesuai tentang restoran atau tempat makan yang santai untuk kami berdating kali pertama. Aku dapat..Di sekitar Kota Damansara, ada kedai yang makan dengan cahaya lilin.

Wow..romantis. Tempat itu terpahat dalam Google map di minda aku. Senang untuk aku pandu ke sana malam ini. Kelebihan membaca memberi aku perbezaan. Kumbang jantan yang membaca berbeza dengan kumbang yang lain.. He2. .Stop dahulu. Iklan sekejap.

20140626

Kisah Cinta CEO. (Episod 5)


Bismillah. Bila masih bujang orang akan tanya,'Bila nak kahwin?
Bila dah kahwin orang akan tanya,'Bila nak dapat anak?
Bila dah ada anak satu orang akan tanya,'Bila nak dapat nombor dua?
Bila dapat anak lelaki orang akan tanya,'Bila nak dapat anak perempuan?
Pernah dengar soalan ini? Kitaran biasa bila berjumpa atau berada di majlis. Cuma agak jarang orang bertanya bila sudah berkahwin satu, 'Bila nak kahwin lagi satu? He2 lupakan hal ini. Jom ikut Ceo. Kita sambung episod ini..

Aku bagai hilang semangat. Dua percubaan aku gagal. Aku yakin suara itu si dia yang aku minat. Dia mungkin tidak minat ngan aku kot. Atau dia dah biasa terima panggilan sebegitu. Biasalah jika Tuhan beri anugerah kecantikan pasti ramai yang menaruh harapan tinggi. Saham tengah tinggi. Pilihan mesti banyak. Jika setakat driver macam aku mungkin dia tak pandang. Fikiran aku berlegar. Berbagai andaian yang aku sendiri tafsirkan. Setakat nak berkahwin sahaja mudah. Tetapi biar aku memilih taste aku sendiri. Bukan takde yang suka kat aku. Tapi aku tak yakin untuk berpura - pura menyayangi insan yang betul suka aku. Kasihan nanti..Biar aku kata tidak dari awal.

Aku tak ada pengalaman mengorat secara berdepan. Awek pertama aku bertahan seminggu je. Ketika aku tidak matang dan ghairah dengan motosikal. Awek kedua, dia yang mengorat aku. Awek ketiga mengorat jarak jauh. Guna telefon jer. Langsung tak sama. Skil mengorat aku mesti asah semula & upgrade. Mengorat secara gerila marketing ini. Aku kuatkan semangat. Now or never..

Malam itu aku call lagi..

Hello? Stesen minyak USJ? Suara wanita menjawab.

Hello. Boleh saya bercakap dengan Nor? Aku slow tetapi steady cakap.

Siapa ini? Suara itu bertanya.

Saya Awie. Ni Nor ke? Aku terus tanya.

Ya. Jawab beliau.

Yes! Yes! Yes! Akhirnya. Jawab aku dalam hati.

Nor ingat saya? Saya beli coklat berbaju uniform putih semalam. Aku cuba ingatkan dia.

Entah. Saya tak ingat. Pelanggan coklat ramai :Jawab dia. Adoi.

Aku cuba untuk explain. Tetapi beliau masih tak boleh cam aku. Puas aku ingatkan.

Oklah. Ada pelanggan. Kawan saya nak cakap. Ok. Bye: Akhir perbualan kami.

Telefon itu diserahkan kepada kawan dia bernama Nanie. Nanie sambung berborak ringkas dengan aku. Mungkin Nanie kasihan atau simpati dengan aku, dia beri nombor telefon awek itu. Aku terima dengan senyuman sampai telinga. Tak pasti pula nombor ini betul. Tapi sudah ada sedikit harapan untuk aku. Hati aku kembali berbunga.. Harapan masih ada. Kumbang sekor ini sudah bersedia untuk kukuhkan kedudukan..

PEMBELI BUKU YANG BUDIMAN

Kisah Cinta CEO (Episod 4)


Kalau dah jodoh tidak ke mana. Pernah dengar ayat itu. Aku setuju sebab terjadi kat aku. Tapi sebelum jodoh itu berlaku ada proses yang mesti di lalui. Jodoh juga seperti rezeki. Tidak datang melayang. Tidak datang bergolek. Mesti ada usaha dahulu. Seperti yang aku janji, aku sambung semula kisah cinta ini. Jom ikut aku..

Pagi itu aku datang kerja dengan semangat luar biasa. Aku ada misi hari ini. Langkah ini mesti di laksanakan hari ini juga. Lewat bererti melepas. Nombor telefon yang tertera kat resit semalam mesti aku hubungi. Awek cun itu telah melambai seolah olah menunggu panggilan dari aku. Penyakit angau aku semakin parah. He2 kadang kadang rindu itu juga menyiksakan. Seperti penantian juga satu penyiksaan. Siapa yang pernah rasa perasaan rindu juga satu penyiksaan faham apa yang aku maksudkan. Korang sama aje ada penyakit angau..
Selesai tugasan pagi, aku angkat telefon bimbit, aku call. Selawat tiga kali untuk memberi semangat awal.

Trut Trut. Trut Trut. Trut Trut. Bunyi talian di telefon bimbit aku. Debaran bertambah kuat terasa.

'Hello?'Bunyi suara wanita menjawab.

Assallammuallaikum? :Aku membalas.

Waallaikumsallam.: Jawab wanita itu lagi.

Boleh saya bercakap dengan Nor? :Aku pura pura selamba bertanya.

Siapa ini? :Wanita itu bertanya kat aku.

Saya Awie. Pelanggan yang beli coklat semalam. Masih ingat? :Aku kenalkan diri.

Kak Nor takde. Dia kerja petang:Jawab wanita itu & terus letak telefon.

Tuuuuuttttt. ..

Aku diam sebentar. Semangat aku terus lemau. Nampaknya pagi itu aku langkah kiri. Skrip yang aku sediakan untuk si dia terpaksa di simpan semula. Semangat terpaksa aku kumpul semula. Aku bersedia pula untuk membuat panggilan ke2 petang itu.

Aku tak tahu dia mula kerja petang jam berapa. Aku tak sempat nak tanya. Aku merancang untuk call jam 5 petang itu juga. Masa yang di tunggu tiba.

Hello? :Panggilan aku di jawab. Suara wanita juga.

Hello. Boleh saya bercakap dengan Nor?: Aku kontrol macho walaupun gabra dalam talian.

Dia ada. Tapi tengah busy. Boleh call semula ya: Jawab dia ringkas & letak phone.

Tuuuuuttttt. Tuuuuuttttt.

Adoi. Langkah kiri juga..Semangat aku automatik luntur. Petanda awal sudah kelihatan. Feng sui edisi aku berbisik aku takde harapan..Adakah setakat ini sahaja usaha aku? Boleh lagi pembaca bersabar.

20140625

Kisah Cinta CEO (Episod 3)


Bismillah. Antara doa - doa aku hujung 2004 & awal 2005 adalah untuk mempunyai seorang isteri. Aku sudah takde kekuatan untuk bercinta lagi. Zaman untuk aku bercinta sebelum kahwin sudah berlalu. Aku berubah untuk tukar. Nikah dahulu & bercinta. Kisah percintaan awal yang gagal membuat aku serik untuk aku ada awek. Kali ini aku berusaha untuk mendapatkan seorang isteri. Aku juga berkeinginan untuk mempunyai zuriat. Jom kita sambung..

Hasil pertolongan Iqbal, pemuda Bangla yang bekerja disitu,tugas aku semakin mudah. Strategi bina hubungan dahulu sebelum menjual memang berkesan. Teknik pujian memang power. Seterusnya aku mesti cipta sebab untuk masuk ke kaunter untuk berjumpa awek itu. Syarikat aku membayar duit petrol dengan card. Jadi peluang untuk masuk ke depan kaunter atas tujuan membayar petrol tidak ada. Aku cuma boleh tengok dari jauh. Jodoh tidak hadir pada yang menanti. Ianya berlaku kepada yang berusaha mencari. Kebetulan satu hari itu aku lihat beliau ada terpacak depan kaunter. Syif awek tu jadi cashier. Peluang ini aku guna sepenuhnya. Kali ini aku beli coklat & air mineral.

'Ini je Bang?' Awek itu bertanya.

'Ya. Itu sahaja. Boleh tolong print resit'. Aku balas.

'Baiklah'.Jawapan ringkas.

Kami tidak sempat berbual. Pelanggan ramai & emosi hero Hindustan menurun ketika itu. Aku tergamam untuk bercakap. Jantung aku bunyi lagi kuat. Aku berlalu. Resit ada di tangan. Nombor telefon ada tertera di situ. He2 Teknik mengalah untuk menang aku praktikan. Aku tak minta nombor telefon tetapi aku dapat nombor. Bijak tak aku?

Balik kerja hari itu aku tersenyum. Malam ini skrip penggoda awek mesti di rangka. Wajah beliau tersenyum ketika beri resit kat aku masih segar di ingatan. Senyum itu telah meruntuhkan ego aku & memberi aku satu kekuatan. Power of love. Kuasa ini memberi aku satu tenaga untuk membuat apa sahaja yang belum pernah aku lakukan. Hati beliau mesti aku robek. Kumbang jantan sekor ini bersedia bersaing dengan kumbang yang lain. Kelemahan mesti di lupakan. Kelebihan mesti di gunakan.. Kumbang tertidur dengan senyuman. He2 kopi satu!

20140624

Kisah Cinta CEO (Episod 2)


Bismillah. Sejak hari pertama melihat muka awek kaunter itu aku menjadi rindu. Dari jauh dapat tengok bumbung pun ok. Aku mesti bertindak. Awek itu mesti aku kenali. Aku pun mesti pastikan dia pun mesti kenal aku juga. Usaha aku untuk berkenalan dengan dia menjadi keutamaan nombor satu. Langkah awal yang aku buat adalah merisik khabar dari jauh. Jalan paling mudah untuk tahu lebih lanjut tentang beliau ada dengan bertanya. Strategi mesti diatur. Perancangan mesti di buat supaya tindakan seiring dengan percaturan. He2.

Aku bertindak. Ketika aku mengisi petrol kat situ, aku berkenalan dengan Iqbal, pemula Bangladesh beragama islam yang bekerja di situ. Dia jaga area luar petrol station.

'Assallammuallaikum. Apa khabar? Aku mula bertanya.

'Khabar baik'. Balas Iqbal telo Bangla.

'Sudah makan?' Sambung aku.

'Sudah', jawab Iqbal.

'Boleh cakap Melayu?'. Aku tanya lagi.

'Sikit-sikit'. Jawab dia.

Dengan beberapa soalan sambil tersenyum &sedikit pujian aku sudah sedikit rapat dengan Iqbal. Dia pun sudah kenal dengan aku. Aku tak tanya terus pasal awek cun kaunter tu. Aku postpone dahulu. Hero tak boleh gelojoh. Hero mesti ada etika ngorat. He2.

Next time baru aku tanya. Skrip mesti di buat. Tak nampak sangat aku berkenan sangat kat si dia. Awek kaunter yang sudah berjaya menjentik asmara aku. Biar slow tetapi mesti stylo tidak boleh guna waktu ini. Bunga yang harum berseri pasti deretan kumbang jantan yang berminat. Langkah mesti di pantas kan. Kali kedua aku isi petrol, aku mesti Steady. Soalan aku sudah ready. Iqbal mesti aku cari. Iqbal pun suka dengan aku. Mungkin kali pertama aku puji suara dia macam Shah Rukh Khan buat dia happy. Ini strategi beb. Soalan lain terus beres. Kali kedua ke sana , aku dah tahu siapa nama awek kaunter itu. Umur pun tahu. Tempat tinggal pun Iqbal beritahu. Best! Best! Best!

Next strategi macam mana aku nak nombor telefon bimbit dia. Aku juga kena pastikan yang dia mesti cam aku. Aku tahu kumbang yang lain juga berminat sekuntum bunga ini. Biar kumbang yang sekor ini berbeza dari yang lain. Angau aku makin kuat. Tiada ubat untuk penyakit ini melainkan dapat respon dari beliau. Awek kaunter yang cun itu. Langkah seterusnya sudah ada. Masa untuk bertindak..

20140623

Kisah Cinta CEO (Episod 1)


Bismillah. Aku bernikah pada 1 April 2005. Ketika itu umur aku 35 tahun. Masih lagi memegang jawatan driver Boss syarikat. Apa nak buat, ramai awek tak sudi sebelum itu. Perkenalan ringkas menarik jodoh. Jom aku kongsi cerita aku. Kisah 6 bulan sebelum aku bernikah.

Seperti biasa, rutin aku setiap hari hadir jam 6am untuk jemput Boss & hantar beliau ke pejabat. Boss menetap di Usj 10 & pejabat di Jalan Kilang, Pj,Selangor. Setel aje Boss aku berpatah balik untuk jemput Isteri & anak tunggal beliau untuk dihantar ke Pejabat di Tropicana & ke sekolah pula. Aku akan sarapan pagi selepas semua ini. Kemudian, dengan berbaju pagoda, aku bersiap pula untuk cuci kereta & bersihkan segalanya kenderaan rasmi Boss. Jam 12 tengahari aku bersiap sedia jika Boss nak khidmat aku untuk hantar beliau lunch atau meeting. Jam 3 pm aku ke sekolah anak Boss untuk pickup & hantar balik ke rumah.

Selepas itu aku ke Tropicana untuk jemput Isteri Boss pula. Selesai isteri Boss aku ke pejabat semula untuk jemput Boss. Ini adalah sebahagian rutin aku sebagai seorang driver. Aku enjoy dengan kerja aku. Aku mempunyai rekod yang sangat baik dari segi pemanduan. Tiada kemalangan mahu pun sebarang saman dalam tempoh 10 tahun aku berkhidmat.

Satu petang, ketika menunggu Boss & keluarga dia makan, aku pergi ke stesen minyak berlogo hijau untuk membeli coklat. Bukan jenama Cadbury ya. Memang selalu aku pergi isi petrol kat situ. Cuci kereta pun kerap.
'Beli coklat je Bang. Air minuman tak nak? Tegur awek kaunter itu.

'Coklat aje. Air minuman sudah ada dalam kereta'. Balas aku.

Apabila aku tengok awek kaunter itu, hati aku berkata. Lawanya awek ni. Siapa dia. Nama siapa. Umur berapa. Tinggal mana. Dah ada balak ke. Hati aku sudah berkenan. Jiwa aku sudah tercuit. Panah asmara sudah tepat terpacak di dada. Selepas peristiwa itu, aku kerap pula ke sana. Ada karan memanggil aku ke situ. Coklat kat situ lebih nikmat untuk di makan. Petrol terbaik pun di situ. Car wash paling bersih pun kat situ. He2. .Aku dah angau. Itu lebih kurang kisah aku jumpa dengan jodoh aku. Kegemaran makan coklat jer menjadi asbab aku temui isteri. He2 kopi satu!

20140609

KETAGIHAN KEJAYAAN #6


Ketagihan keenam: Ketagihan Bertindak.

'Bismillah. Menjadi satu kerugian jika ilmu yang di terima ditangguhkan. Tidak berguna hatta sesen jika ilmu yang di ketahui tidak di sertakan dengan tindakan. Untuk berjaya, ubah sikap ini. Mesti ada plan tindakan & terus bertindak apabila balik dari program ilmu, buku yang habis di baca, berguru dengan Mentor & di setiap kali ilmu yang di sedut. Ini kunci kejayaan majoriti orang yang berjaya. Jangan hanya jadi jagoan keypad sahaja. Sedikit sahaja yang percaya apa kita cakap tetapi majoriti mereka lebih percaya apa yang kita buat. Jangan bercakap tentang angka yang besar jika masih terkial - kial urus angka yang kecil. 

Ketagihan ini satu virus yang hebat. Virus boleh berjangkit untuk mereka yang ingin berubah dari biasa kepada luar biasa. Ketagihan ini wajib dikuasai jika ingin sentiasa berada di petak hadapan. Ketagihan ini juga memberi sepasang sayap tanpa fizikal untuk terbang jauh lebih tinggi. Meninggalkan pesaing terlopong melihat. Mesti ada hasil di setiap tindakan. 

Sejuta ilmu yang berada di perpustakaan minda tidak boleh menandingi dengan satu tindakan. Sampai bila mahu menjadi saksi kejayaan orang lain? Sampai bila hanya memain peranan menepuk tangan kejayaan rakan sekeliling? Guru yang hebat hanya mampu mengajar & membuka pintu kejayaan. Kita sendiri yang terpaksa bertindak untuk mencapainya. Mulakan sedikit tindakan hari ini. Biasakan diri dengan kejayaan kecil dahulu. Kuasa tindakan yang berterusan ini mendorong mencipta kejayaan. 

Fast action, fast result. Slow action, slow result. No action, no result. In Shaa ALLAH. '.Faham ke faham? He2 kopi satu!

20140607

KETAGIHAN KEJAYAAN #5


Ketagihan kelima: Ketagihan Menyimpan.

Usaha untuk mencari duit di lakukan melalui pekerjaan atau perniagaan. Aktiviti ini paling ramai orang buat untuk mendapatkan wang. Mencari & belanja semula duit adalah perkara biasa dalam kehidupan. Hatta budak kecil juga boleh buat. Untuk berjaya, ketagih menyimpan mesti dipupuk. Simpan untuk dilupakan. Amalkan setiap hari sudah menjadikan kita lebih kaya dari sebelum. Formula asas untuk membina kekayaan bermula dengan tabiat. Tembok kubu kewangan peribadi juga terbina dengan ketagihan ini. Ketagihan ini mesti bermula secepat mungkin. Amalkan setiap hari. Amalkan setiap kali mendapat duit. Peluang pasti dapat dikutip jika duit sudah berada di tangan. Anak-Anak tidak perlu berhutang untuk belajar. Ikat perut dipermulaan. Kalis iklan di perjalanan. Berkongsi rezeki di setiap kejayaan. 
 
Tiada guna jualan berjuta setahun tanpa ada sejumlah wang untuk di simpan. Untuk menjadi kaya bertambah kaya, ketagihan ini mesti mengalir dalam jiwa. Ketagihan menyimpan lebih nikmat dari berbelanja sudah ada sikap seorang Jutawan. Cuba 3 bulan untuk yang baru. Mulakan rm10 sehari dahulu. Buang ego di kaunter bank. Tambah nilai tersebut bila dah selesa. Ketagihan ini menjemput segala macam peluang di masa hadapan. Ketagihan ini bertambah seronok jika angka mula berbicara. Tidak akan kalah jika menyimpan. Tembok kebal kukuh berdiri dari tsunami kewangan. Ketagihan ini mesti di tekuni. Formula asas membina kekayaan. Simpan. Simpan. Simpan. Lupakan. In Shaa ALLAH. '

20140606

KETAGIHAN KEJAYAAN #4


Ketagihan keempat: Ketagihan Membaca.

'Nikmat membaca tidak mungkin di rasai oleh orang yang biasa. Membaca umpama menyuap makanan minda. Zat yang berkualiti untuk makanan minda berjaya menguatkan persepsi daya berfikir. Ketagihan membaca mampu memberi kekuatan minda untuk mengurus segala cabaran bisnes & kehidupan sepanjang hayat. Usahawan yang mempunyai ketagihan ini sudah berjaya beribu langkah ke hadapan dari pesaing. Mesti pilih bahan bacaan yang hendak di hadam. Keputusan pasti berbeza antara Usahawan yang membaca atau tidak. Untuk kekal di peringkat tertinggi, tabiat ini mesti kekal setiap hari, setiap waktu & sepanjang kehidupan. Kejayaan besar pula datang ke orang berilmu. Membaca adalah salah satu sumber menambah ilmu. Baca tanpa jemu. Laburkan masa & wang untuk baca 2 buah buku seminggu. Ketagihan ini mesti di mulakan jika kejayaan ingin di jemput. Baca. Baca. Baca. In Shaa ALLAH. '

20140605

KETAGIHAN KEJAYAAN #3


Ketagihan ketiga: Ketagihan Belajar.


'Ego adalah salah satu musuh yang mesti kita tewaskan untuk berjaya. Ego Sdn Bhd dalam jiwa mesti kena pecat. Untuk berjaya kita mesti ada ketagihan ini. Dalam bidang bisnes pula, Usahawan mesti ada 2 kemahiran terpenting yang mesti di kuasai. Bidang marketing & kewangan. Belajar bidang ini bukan untuk lulus exam. Hanya dengan ketagihan untuk belajar sesuatu yang segar & baru mampu memberi impak kepada keseluruhan kejayaan. Diri tegak sahaja tidak membawa kita ke mana - mana. Labur sebahagian kewangan untuk belajar.Jadi pelajar sepanjang hayat. Satu kerugian yang besar jika belajar hanya untuk lulus peperiksaan sahaja. Cara kita berfikir bergantung dengan apa yang kita belajar.' In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

KETAGIHAN KEJAYAAN #2


Ketagihan kedua: Ketagihan Bersedekah.

'Setiap hari pasti berlaku situasi begini. Samada kita menerima atau memberi. Menerima memang seronok. Memberi tidak selesa bagi yang kurang faham. Untuk berjaya, tabiat ini mesti di ubah. Sedekah kecil & merasa tidak selesa adalah perkara biasa untuk bermula. Lawan sahaja budak kecil dalam diri. Nilai sedekah mesti diiringi dengan ikhlas. Biar sedikit dahulu. Tambah sedikit setiap kali. Biar ada kenikmatan dalam bersedekah. Amalkan di waktu pagi. Lagi awal lagi bagus. Lama - lama ketagihan & kenikmatan bersedekah akan dirasai dengan sendiri. Magik sedekah mesti berlaku. Jiwa yang sentiasa tidak cukup dapat diubati dengan tabiat ini. Dividen terhebat pasti melekat dalam akaun peribadi. In Shaa ALLAH. Amin. ' He2 kopi satu!

20140604

KETAGIHAN KEJAYAAN #1


Ketagihan Pertama: Ketagihan Membuat Kebaikan.

'Setiap hari kita diberi pilihan. Membuat kebaikan atau kejahatan. Proses ini berlaku dari dulu. Jika ingin berjaya, amalan ketagihan ini mesti bermula. Bermula membuat kebaikan yang kecil dahulu. Buat baik dengan diri sendiri. Sedikit demi sedikit setiap hari.Ulang-ulang tabiat positif ini. Buat juga kebaikan kepada semua ahli keluarga, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga & masyarakat. Utamakan kedua ibu bapa. Lakukan ketagihan ini setiap hari sepanjang hayat. Menjemput kejayaan sangat mudah jika ketagihan menjadi amalan hobi yang digemari. In Shaa ALLAH. Amin'. He2 kopi satu!

20140603

TIDAK LAMA LAGI...