20140501

BUKAN TAK BOLEH TAPI TAK MAHU.


Bismillah. Ramai yang nak berjaya & kaya tetapi sedikit sahaja yang mahu menjalani proses untuk berjaya. Apabila datang sedikit cabaran mereka sudah gerun & terus tarik hand brake. Berpeluh & rasa menyesal lakukan perkara baru ini. Menyerah kalah & kembali ke tabiat lama. Mereka teruskan minum teh tarik bersama rakan baik yang memberi nasihat percuma berbunyi seperti ini..'Kan aku dah cakap bisnes ini susah. Produk mahal ini siapa nak beli. Gila apa kor, kerja dah ok nak berniaga. Kawan aku dah cuba juga, semua gagal. Buang masa & membazir tenaga je. Kor tu simpanan takde, fikir lah masa hadapan. Kor pun bukan ada bakat bisnes pun. Jika semua nak berniaga siapa pula nak makan gaji? Kita memang di takdir begini. Faham? Nasihat kawan yang dah bekerja keras selama 20 tahun & mempunyai masalah kewangan. Betullah cakap kor. Aku setuju. Mamak, tambah teh tarik satu!

Proses untuk berjaya makan masa lama & kadangkala boring. Berikut adalah proses biasa untuk berjaya dalam tempoh tahun yang pertama: 
  1. Niat. Bertindak. Bermula dengan apa yang ada. Semangat membara. Usaha. Usaha. Usaha. Ramai dah gugur dalam proses ini. Tiada kejayaan.
  2. Usaha. Usaha. Usaha. Datang penolakan. Orang tak nak beli. Biasanya datang dari kawan rapat, adik beradik, jiran, saudara mara, rakan sepejabat & orang sekeliling. Peringkat ini gugurnya beramai - ramai usahawan.
  3. Teruskan usaha. Mula bertanya. Belajar mengapa prospek menolak. Mula membaca. Mula cari Mentor. Mula hadir seminar. Kejayaan kecil dah rasa.
  4. Cabaran besar datang. Pelanggan mula komplen & marah - marah. Minta duit balik. Kena carut. Ramai surender peringkat ini.
  5. Mula rasa cabaran. Belajar pula urus komplen. Tambah nilai kat produk. Tambah testimoni. Tak give up. Mula nak share bisnes dengan orang lain.
  6. Jualan dah mula naik. Kejayaan kecil biasa datang. Ilmu kewangan di upgrade. Simpanan dah mula ada. Level keyakinan naik. Mula yakin dengan diri sendiri.
  7. Dah lali dengan cabaran. Seronok urus komplen. Rasa best bila ditegur. Kejayaan besar pula datang. Idea baru pula datang.
Ini proses yang Ceo lalui sendiri. Setiap yang hadir bersebab bukan secara automatik. Proses yang ramai tak suka. Ego Sdn Bhd masih tebal. Kejayaan & kekayaan mesti ada proses. Ini hukum karma sejak azali. Cuma mahu atau tidak.Bukan tak boleh tetapi tak mahu. In Shaa ALLAH. 

No comments:

Post a Comment