20140528

HUTANG ITU PENYAKIT


Ingat ya. Hutang adalah satu penyakit yang amat panjang jika gagal menguruskannya. Jangan mudah berhutang & jangan mudah memberi hutang. Pesan kepada Ceo sendiri & pembaca budiman yang lain. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

DRAFT BUKU

20140526

JANGAN SESEKALI BERPUTUS ASA.

20140506

UBAH, UBAH & UBAH.


Mentorku berkata, ' Anda Kekal Orang Yang Sama Dalam 5 Tahun Akan Datang Kecuali Ubah 3 Perkara ini:
  • Ubah Kawan
  • Ubah Apa Yang Dilakukan
  • Ubah Buku Yang Dibaca'.
 Ceo setuju. In Shaa ALLAH. Betul ke betul? He2 Kopi satu!

20140505

JADILAH SEORANG PAKAR.

Mentorku Bisnesku Berkata:

1 : Sangat susah untuk mencari prospek.
2 : Memang payah untuk mendapatkan jualan pertama.
3 : Terlalu susah untuk membuat belian ulangan.
4 : Sangat payah untuk membuatkan pelanggan ulangan membeli dengan banyak.
5 : Terlalu sukar mendapatkan pelanggan yang setia & membeli berulang - kali & kuantiti besar.

Tetapi semua ini menjadi mudah jika anda PAKAR dalam bidang ini. In Shaa ALLAH. Amin. Betul ke betul? He2 kopi satu!


Ps: Ilmu ini diajar dalam seminar bisnes kecil tetapi berhasil anjuran Truetech Group. Untuk mendaftarkan diri menjadi Usahawan Truetech Group, sila layari laman web ini : www.PakCikPower.com.

20140504

DIA BOLEHLAH...


Bismillah. Majoriti yang biasa ramai nak berjaya. Ramai nak kaya datang secara automatik. Tak kurang juga nak berjaya & kaya dengan mudah & cepat. Berjuta juga mahu kekalkan buat perkara mudah sahaja tetapi berangan nak keputusan luar biasa. Terlalu ramai menjadi PAKAR alasan untuk menyembunyikan ego diri sendiri. Antara alasan paling popular:

Dia Bolehlah. Dia dah lama bisnes.
Dia bolehlah. Dia ada modal besar.
Dia bolehlah. Dia lulusan Universiti.
Dia bolehlah. Dia ada bakat.
Dia bolehlah. Dia masih muda.
Dia bolehlah. Dia banyak pengalaman.
Dia bolehlah. Downline dia dah ramai.
Dia bolehlah. Keluarga dia menyokong.
Dia bolehlah. Dia ada ramai kawan.
Dia bolehlah. Dia handsome.
Dia bolehlah. Dia dapat harga murah.
Dia bolehlah. Dia ada kedai.
Dia bolehlah. Dia pandai cakap.
Dia bolehlah. Dia baik dengan Mentor.
Dia bolehlah. Dia dilahirkan untuk berjaya.
Dia bolehlah. Dia rajin.

Pernah dengar alasan tersebut? Bukan kat sini tetapi kat selatan Eskimo. Jika nak guna alasan dia bolehlah sampai bila tidak merasai kejayaan. Ubah alasan itu. Jika dia boleh aku pun boleh. Jika diorang boleh mengapa aku tidak boleh. Jika ramai boleh aku yakin aku juga boleh. Buang alasan tingkatkan tindakan. Kejayaan hadir kepada yang berusaha bukan untuk yang menunggu.Yakin boleh. Mesti boleh. Pasti boleh. In Shaa ALLAH. Amin.
He2 kopi satu!

Ceo Samad Kinto
Ceo Truetech Men Solutions S.B.
Pakar Bisnes Dari Rumah
Untuk daftar menjadi Usahawan Truetech Group klik dahulu
www.PakCikPower.com

20140501

JANGAN SALAH PILIH PENASIHAT.


Mentorku berpesan, 'Jangan Salah Pilih Penasihat, Langkah Awal Untuk Berjaya'.
 

  • Jangan minta nasihat orang makan gaji jika ingin berjaya dalam bisnes.
  • Jangan pilih jurulatih yang boroi jika nak six pack diperut.
  • Jangan tanya bagaimana cara naik pangkat kepada kerani yang masih menjadi kerani walaupun dah 30 tahun bekerja.
  • Jangan melabur kewangan kepada orang yang boros.
  • Jangan tanya ilmu hartanah kepada broker yang tak berjaya dalam beli rumah untuk diri dia sendiri.

Faham ke faham? Jika tak faham, tanya kepada mereka yang faham. In Shaa ALLAH. He2 Kopi satu!

BUKAN TAK BOLEH TAPI TAK MAHU.


Bismillah. Ramai yang nak berjaya & kaya tetapi sedikit sahaja yang mahu menjalani proses untuk berjaya. Apabila datang sedikit cabaran mereka sudah gerun & terus tarik hand brake. Berpeluh & rasa menyesal lakukan perkara baru ini. Menyerah kalah & kembali ke tabiat lama. Mereka teruskan minum teh tarik bersama rakan baik yang memberi nasihat percuma berbunyi seperti ini..'Kan aku dah cakap bisnes ini susah. Produk mahal ini siapa nak beli. Gila apa kor, kerja dah ok nak berniaga. Kawan aku dah cuba juga, semua gagal. Buang masa & membazir tenaga je. Kor tu simpanan takde, fikir lah masa hadapan. Kor pun bukan ada bakat bisnes pun. Jika semua nak berniaga siapa pula nak makan gaji? Kita memang di takdir begini. Faham? Nasihat kawan yang dah bekerja keras selama 20 tahun & mempunyai masalah kewangan. Betullah cakap kor. Aku setuju. Mamak, tambah teh tarik satu!

Proses untuk berjaya makan masa lama & kadangkala boring. Berikut adalah proses biasa untuk berjaya dalam tempoh tahun yang pertama: 
  1. Niat. Bertindak. Bermula dengan apa yang ada. Semangat membara. Usaha. Usaha. Usaha. Ramai dah gugur dalam proses ini. Tiada kejayaan.
  2. Usaha. Usaha. Usaha. Datang penolakan. Orang tak nak beli. Biasanya datang dari kawan rapat, adik beradik, jiran, saudara mara, rakan sepejabat & orang sekeliling. Peringkat ini gugurnya beramai - ramai usahawan.
  3. Teruskan usaha. Mula bertanya. Belajar mengapa prospek menolak. Mula membaca. Mula cari Mentor. Mula hadir seminar. Kejayaan kecil dah rasa.
  4. Cabaran besar datang. Pelanggan mula komplen & marah - marah. Minta duit balik. Kena carut. Ramai surender peringkat ini.
  5. Mula rasa cabaran. Belajar pula urus komplen. Tambah nilai kat produk. Tambah testimoni. Tak give up. Mula nak share bisnes dengan orang lain.
  6. Jualan dah mula naik. Kejayaan kecil biasa datang. Ilmu kewangan di upgrade. Simpanan dah mula ada. Level keyakinan naik. Mula yakin dengan diri sendiri.
  7. Dah lali dengan cabaran. Seronok urus komplen. Rasa best bila ditegur. Kejayaan besar pula datang. Idea baru pula datang.
Ini proses yang Ceo lalui sendiri. Setiap yang hadir bersebab bukan secara automatik. Proses yang ramai tak suka. Ego Sdn Bhd masih tebal. Kejayaan & kekayaan mesti ada proses. Ini hukum karma sejak azali. Cuma mahu atau tidak.Bukan tak boleh tetapi tak mahu. In Shaa ALLAH.