20141231

TIP BISNES DARI RUMAH: JOURNAL 2015.


Journal Kejayaan 365 Hari. ( 2015)
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

Untuk Jemaah Kopi Satu, ini adalah homework setiap hari sepanjang tahun 2015. Untuk pembaca yang lain juga boleh follow.

Dalam tempoh beberapa jam lagi, satu dunia bakal menyambut tahun baru. Ini adalah peluang untuk kita mulakan perjalanan yang baru. Senang nak tahu pencapaian kita satu tahun. Ceo panggil diari kejayaan. Ini salah satu rahsia Usahawan yang hebat & berjaya. Mereka lakukan perkara ini. Ya, mereka tulis diari. Hampir 100 % dari mereka menulis aktiviti harian. Hampir 100 % Usahawan biasa-biasa tidak menulis diari kejayaan.

Mazhab bisnes dari rumah berbeza. Kita mesti ikut Usahawan yang berjaya ini. Sebagai persiapan kita mesti beli diari atau ada terima hadiah diari. Berikut beberapa panduan bagaimana kita nak isi diari. Simple but stylo. Ini contoh untuk Jemaah Kopi Satu. Group Bisnes Dari Rumah.

1 : Isi semua maklumat diri di ruangan hadapan.

2 : Tulis niat bisnes dengan jelas :

'Sahaja Aku Berniaga Hari Ini Untuk Membantu Pelanggan Melalui Manfaat Produk Atau Servis Yang Aku Tawarkan Kerana ALLAH Taala'.

3 :Baca niat tersebut setiap pagi.

4 : Tulis matlamat bisnes dengan jelas.

5: Tulis matlamat jualan 2015. Sebagai newbie bisnes dari rumah. Tetapkan sahaja jumlah yang tidak berapa besar. 
 
Contoh :
'Aku mesti mendapatkan angka jualan sebanyak rm180,000 sebelum 31 Disember 2015.
☆Oleh itu aku mesti menjual sebanyak Rm15,000Sebulan.
☆Oleh itu aku mesti menjual sebanyak Rm500 sehari.
☆Oleh itu aku mesti menjadi Pakar dalam bidang aku ini.
☆Oleh itu aku mesti membaca sebuah buku seminggu.
☆Oleh itu aku mesti hadir seminar bisnes minima 6 kali setahun .
☆Oleh itu aku mesti ada minima 5 mentor untuk belajar.
Sebagai balasan, aku mesti bahagiakan orang sekeliling. Aku mesti membayar zakat.
Semoga ALLAH Taala makbulkan matlamat aku ini. Aamin'.

6 : Tulis angka duit jualan yang dapat.

7 : Tulis angka duit yang keluar.

8 : Tulis keuntungan bisnes.

9 : Tulis kebaikan yang di buat. Contoh : Beri sumbangan kepada Emak. Bagi kucing makan. Beri derma tabung masjid.

10 : Tulis kurangkan keburukan atau tinggalkan keburukan. Contoh : Kurang merokok. Tidak marah.

Cabaran menulis diari satu bentuk homework yang sangat berkesan. Kita boleh tahu hasil jualan. Kita boleh tahu keuntungan bersih. Angka yang di tulis ini bercakap.Kita boleh belanja kurang dari yang di perolehi. Boleh mencipta rekod & berusaha memecahkannya.

Pastikan tahun baru ini sebagai lebih hebat dari sebelum. Untuk Jemaah Kopi Satu. 2015 tahun cetak duit. Gunakan segala elmu yang di sedut sepanjang 2014 ini berbentuk tindakan. Usahawan yang berjaya suka buat apa yang biasa-biasa tidak suka lakukan.

Siapa Usahawan yang berjaya tersebut? Penulis & pembaca status ini lah. Betul betul? In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps: Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.

Ps : Selamat Tahun Baru 2015.
       

20141230

KEMAHIRAN MENJUAL.



Kemahiran menjual mesti di kuasai jika mahu berada di kelompok 20% di atas. Motivasi tinggi sahaja belum cukup untuk menjemput kejayaan bidang bisnes. Semuanya dengan izin ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 


20141229

MASALAH & PELUANG.



Mentorku Berkata, ' Yang Biasa-Biasa Sentiasa Nampak Masalah Di Setiap Peluang Tapi Yang Luar Biasa Sentiasa Nampak Peluang Di Setiap Masalah '. In Shaa ALLAH. Aamin. 
   

20141227

NIAT YANG BETUL.

20141226

TIP BISNES DARI RUMAH: IDEA & TINDAKAN.

 

Idea adalah anugerah yang tidak bernilai. Satu idea yang hebat boleh menjadikan kita berjaya & kaya. 10 idea yang power boleh juga menjadikan kita bertambah berjaya & kaya raya. Ramai yang dapat idea yang bagus dari seminar, mentor atau buku yang di baca. Idea & motivasi yang tinggi sahaja belum cukup untuk menjemput kejayaan & kekayaan. Majoriti memiliki idea & ilmu tapi hanya minoriti yang bertindak secara konsisten & luarbiasa. Hasil hanya tercipta selepas bertindak. Kejayaan hadir setelah berlaku tindakan. Tahu tapi tunggu & lihat menjadikan kita seorang penunggu.

Satu tindakan luarbiasa boleh mengalahkan 10 idea yang masih berada di minda. Bertindak adalah wajib dalam proses mencipta kejayaan & kekayaan. Bagaimana nak berjaya dalam bisnes jika tidak ada aktiviti menjual? Bagaimana nak kaya andai kata masih belum mula menyimpan? Bagaimana nak berubah jika masih kekal aktiviti yang sama setiap hari?

Idea free tapi nak melaksanakan sesuatu idea memerlukan kos. Kejayaan & kekayaan ada kos berbentuk wang yang mesti di bayar. Ini yuran wajib. Gagal membayar, gagal jawabnya. Takut membayar, semakin jauh kejayaan lari dari kita. Tindakan lebih power dari ilmu. Ilmu tanpa tindakan tidak bernilai langsung. Setahun ke seminar tidak berguna jika tiada tindakan. Baca sifir mudah ini:
Ilmu + Tindakan = Hasil

Ilmu + Motivasi + Semangat - Tindakan = 0.

2015 tahun untuk bertindak. Pilih untuk konsisten. Deretan hasil pasti terbentuk. 2014 tahun ilmu, 2015 tahun mencipta kejayaan & kekayaan. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!
  

20141225

PELANGGAN ADALAH KING.


20141224

BOS YANG HEBAT.

20141222

GEMBIRAKAN HATI KANAK-KANAK.

20141221

ARTIKEL MENGENAI CEO.

20141219

MENCUBA SAMPLE PRODUK BARU.

20141218

TIP BISNES DARI RUMAH: MAZHAB BISNES DARI RUMAH.


Jangan rasa rendah diri jika kita mulakan bisnes kecil dari rumah. Biarkan sahaja mereka gembira dengan sewa kedai yang cantik & kelihatan mewah. Pastu mereka membuat ubah suai pula kedai yang memakan belanja yang besar. Mereka mampu tidak mengapa. Yang pasti duit mereka sudah menjadi batu & simen. Mazhab bisnes dari rumah berbeza. Kita cuma fokus perkara yang kita tahu & buat betul-betul. Kata kunci adalah fokus & konsisten bertindak.

1 : Nak kaya mesti simpan. Simpan setiap hari untuk di lupakan. Biar mereka bangga dengan jualan tapi kita happy dengan angka simpanan. Biar mereka Usahawan hebat tapi kita penabung tegar. Usahawan hebat boleh tersungkur tapi tembok kewangan kita tegap berdiri.

2 : Dua kemahiran mesti kita kuasai biar pun bisnes kita kecil & tidak glamour. Kemahiran menjual & kemahiran berfikir mesti berada aras paling atas. Ini kemahiran wajib ada supaya tidak tertipu dengan peluang bisnes sexy & keuntungan segera tanpa usaha. Kita mesti lebih bijak dari conman di luar sana. Salahkan penipu memberi mesej yang penipu lebih hebat dari kena tipu. Asas kejayaan juga dari jualan yang di lakukan. Perkara ini boleh belajar & di ajar.

3 : Tak perlu ketagih seminar. 100 seminar tidak berguna jika tidak bertindak. Dunia sebenar dalam kejayaan adalah tindakan. Minda ilmu umpama perpustakaan yang berada di kepala. Ianya lansung tidak berguna jika tiada tindakan. Meeting, mengopi, lepaking, mengeteh berbulan-bulan tiada hasil jika gagal siapkan kerja rumah bisnes. Lebih baik gagap bercakap di khalayak ramai tetapi bisnes berjaya daripada power berucap tapi hampeh.

4 : Berguru dengan Mentor yang betul. Walaupun bisnes dari rumah, wajib ada guru. Pilih berguru dengan tepat. Tepat bermaksud pilih Mentor Usahawan yang berjaya. Banyak jangan pintas boleh kita lalui andai kata ada Mentor. Yuran yang mahal bukan jaminan untuk berjaya. Sediakan bajet yang sesuai untuk belajar. Usahawan yang kemut pun sukar untuk berkembang. Nak berjaya dalam bisnes cari Mentor di kalangan Usahawan yang berjaya. Jangan taksub satu Mentor sahaja.

5 : Baca buku.Buku juga boleh menjadi Mentor kita. Mentor bisu tetapi sentiasa berbisik melalui pembacaan kita. 100 buku yang kita katam sudah melonjakkan ke hadapan. Walaupun bisnes kecil, ilmu bisnes mesti besar. Jutawan senyap terhasil dari Usahawan yang sangat ketagih membaca. Malah, mereka bertindak selepas menyedut ilmu dari buku yang mereka baca. Apa yang kita fikir adalah sebab untuk mencipta akibat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
 
Ps : Pesanan ringkas ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
     

INGAT KESILAPAN.


Bismillah. 'Majoriti Manusia Lebih Cenderung Mengingati Satu Kesilapan / Keburukan Berbanding Seribu Kebaikan Orang Lain '. Fokus kepada kebaikan, yang datang pun yang baik -baik je. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
     

20141217

TIP BISNES DARI RUMAH: BISNES NEGATIF.


Sebelum kita memulakan sesuatu perniagaan, senaraikan dahulu perkara negatif tentang bisnes yang hendak kita usahakan. Tiada bisnes yang sempurna di lakukan oleh Encik Sempurna. Kita mesti akui yang pasti ada kelemahan dalam bisnes atau produk kita. Jangan pula kita mengaku segalanya sempurna. Tujuan kita menyenaraikan perkara yang negatif supaya kita bersedia untuk menjawab dengan selesa bantahan atau komplen dari pelanggan. Ceo kongsi satu situasi:

Pelanggan : Apasal produk ini tidak daftar Kkm? Saya risau kesihatan saya. Adakah ianya selamat?

Usahawan: Senyum sambil menjawab. Terima kasih bertanya. Saya suka soalan itu. Saya jawab nanti ya. Boleh saya bertanya satu soalan?

Pelanggan : Boleh?

Usahawan : Boleh Tuan beritahu bagaimana nak daftar setiap produk kepada Kkm?

Pelanggan : Errr.Ntah. Saya tak tahu.

Usahawan : Tuan merokok, adakah ini membantu kesihatan Tuan?

Pelanggan : Tidak. Saya sukar hentikan tabiat ini.

Usahawan : Produk gout ini hasil sekolah anak-anak yatim. Kami hanya bantu mereka. Kami sendiri pun guna & berkesan. Jadi kami ambil keputusan untuk edarkan produk ini. Mereka masih berusaha untuk mendapatkan kelulusan. Sekarang Tuan faham ya.

Pelanggan : Baru saya faham.

Usahawan : Hari ini Tuan nak berapa botol?

Pelanggan : Beri saya 2 botol.

Apabila kita bersedia untuk menjawab segala bantahan pelanggan, kita tidak kelam kabut. Segala komplen mereka kita setuju dahulu & kita massage emosi pelanggan. Jangan bertegang leher dengan mereka. Biar kita kalah pertempuran kecil tapi kita berjaya menguasai peperangan besar. Jadikan perniagaan sebagai situasi menang-menang. Mengalah tapi menang. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu!

Ps: Pesanan ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
    

20141216

PROJEK 2015.

20141215

TIP BISNES DARI RUMAH: 4 FORMULA KEJAYAAN & KEKAYAAN.


  1. Simpan duit setiap hari untuk di lupakan. Bukan lupa untuk simpan. 
  2. Bersyukur dengan apa yang sudah ada tapi sentiasa tingkatkan ilmu, skil & sikap setiap hari. 
  3. Bersedekah setiap hari dengan ikhlas. Sentiasa tingkatkan nilai sedekah tersebut. 
  4. Jangan mudah berhutang & jangan mudah memberi hutang. 
Semua ini dengan izin ALLAH. Aamin.
   
Ps: Pesanan kepada diri sendiri & untuk pembaca status ini. Ini mazhab Jemaah Kopi Satu. Group Bisnes Dari Rumah. Siapa yang buat, dia yang dapat. He2 kopi satu! 
    

20141214

TIP BISNES DARI RUMAH: NASIHAT BISNES.


Majoriti dari kita menerima nasihat dari semua di sekeliling. Meminta nasihat & menerima nasihat adalah percuma. Proses ini berlaku setiap hari. Cuma kita agak memilih untuk menerima pakai nasihat dari individu tersebut. Di bawah ini sebagai contoh.

Babak 1 :
Rahul : Tuan, boleh saya tahu bagaimana nak kaya? Saya dah bosan dengan kehidupan sekarang. Nak juga merasa hidup selesa.

Usahawan : Bisnes lah. Simpan duit setiap hari untuk di lupakan. Belanja bawah pendapatan. Perlahan - lahan boleh jadi kaya. In Shaa ALLAH.

Rahul : Iya ke? Boleh pakai ke formula ini? Cara lain ada?

Ini nasihat dari Usahawan yang baru mula bisnes. Naik kapcai, tinggal rumah flat sewa & memandu kereta wira terpakai.

Babak 2 :
Rahul : Tuan, boleh saya tahu bagaimana nak kaya? Saya dah bosan dengan kehidupan sekarang. Nak juga merasa hidup selesa.

Usahawan : Bisnes lah. Simpan duit setiap hari untuk di lupakan. Belanja bawah pendapatan. Perlahan - lahan boleh jadi kaya. In Shaa ALLAH.

Rahul : Ini idea hebat. Pertama kali saya dengar perkara ini. Saya mesti buat serta merta. Saya dah nampak bagaimana saya boleh ubah hidup. Terima kasih.

Ini nasihat Usahawan yang berstatus Jutawan. Tinggal rumah mewah, berkereta jenama Eropah & dah bisnes 5 tahun lebih.

Nasihat sama. Tapi individu berbeza. Nasihat Usahawan yang berjaya lebih di hargai. Malah nasihat ini juga di kenakan bayaran. Ini perkara normal.

Walaupun kita sangat baru dalam bisnes, sentiasa berkongsi ilmu yang baru dengan orang sekeliling. Tak perlu dah kaya baru nak beri nasihat. Walaupun dah kaya, tetap juga pasang telinga untuk menerima nasihat orang lain. Dalam dunia yang sebenar memang begitu. Nasihat orang berjaya lebih di beri perhatian dari nasihat Usahawan biasa -biasa. Don't worry. Great leader juga berasal dari great follower. Faham ke faham? In Shaa ALLAH. Aamiin.

Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan.
 

20141213

AKTIVITI BISNES.


20141211

PESANAN BUAT BANGSAKU.


Bismillah. Mentor Bisnesku Berpesan Berkali - Kali :
'Jangan Di Taipkan Kegagalan, Penghinaan, Perbandingan, Kemiskinan Ke Atas Bangsa Sendiri. Apa Yang Di Tulis & Di Baca Adalah Doa'.
Ceo doakan semua yang membaca status ini menjadi manusia yang kaya, berjaya di dunia & akhirat. In Shaa ALLAH. Aamin. He2 kopi satu! 
   

20141210

MUKADIMAH EBOOK PERCUMA.

20141130

TIP BISNES DARI RUMAH: AKAUN POSLAJU.


Ramai yang berniaga dari rumah selalu update gambar mereka pergi ke Pejabat Pos atau Poslaju untuk tujuan aktiviti penghantaran produk tempahan dari pelanggan mereka. Aktiviti ini sangat bagus untuk di kongsi kepada rakan Fb. Bisnes itu adalah aktiviti.

Gambar ini juga menjadi testimoni kejayaan dalam jualan perniagaan kita. Baik & bagus sekali. Tapi ianya juga mempunyai perkara yang negatif. Bagaimana kita menghabiskan masa lebih kurang 1 jam sehari atas tujuan ini. Setiap hari terpaksa ulang alik ke Pejabat Pos. Rutin picit ambil nombor & tunggu giliran kadang kala membosankan juga. Apatah lagi jika awal bulan. Sesak & padat. Sistem down pula. Adoi.

Bagaimana nak jimat masa itu Ceo? Ada caranya. Bawa sijil Ssm kita untuk membuka akaun pos laju. Ada deposit. Bila segala telah lulus. Kita sudah lebih baik dari sebelum. Docket poslaju terprint nama syarikat kita. Jimat masa untuk kita tulis docket setiap hari. Usahawan biasa seronok menulis di docket tetapi Usahawan bijak senyum melihat mereka. Segala bil kita bayar setiap bulan. Segala transaksi di rekodkan. Mudah kita tahu berapa. Segalanya di bantu oleh orang lain. Kita juga hanya membayar setelah 30 hari perkhidmatan mereka. Ini sangat baik. Mereka buat kerja dahulu, baru kita bayar. Jaga rekod pembayaran kita.

Paling best, aktiviti untuk pos lebih mudah, jimat masa & petrol. Abang Poslaju datang ke pintu rumah untuk pickup tempahan yang hendak di poskan kepada pelanggan. Sebagai Usahawan Jutawan Dari Rumah, sentiasa bina hubungan dengan Abang Poslaju ini. Mereka mempunyai jasa besar dalam membantu bisnes kita. Beri mereka rm10 setiap hari sebagai belanja minum. Jangan risau, kita tidak miskin belanja mereka. 1 jam sehari yang kita jimatkan boleh kita buat perkara lain. Ingat, jangan kuat komplen kepada Abang poslaju ini. Mereka adalah antara yang penting dalam perniagaan kita. Tanpa bantuan mereka, produk kita tidak pantas sampai. Membuka akaun pos laju adalah wajib untuk mereka yang nak bisnes kembang lebih pantas. Segalanya dengan izin Allah. Aamiin.

Ps : Terima kasih Abang Poslaju. Jasa mu sangat di hargai. 
 

20141129

TIP BISNES DARI RUMAH: NOMBOR BISNES.


Dewasa ini telefon bimbit sudah menjadi keperluan untuk majoriti owner bisnes. Celik mata sahaja terus cari telefon untuk semak whatapps, email, sms atau on Fb. Telefon bimbit sudah menjadi perkara penting dalam urusan perniagaan seharian mahu pun kehidupan. Tapi ada satu je yang tidak boleh sama iaitu nombor telefon bimbit.

Sebagai bisnes kecil dari rumah, kita mesti bijak memilih nombor telefon bimbit. Sekarang nombor Vip pun di niagakan dengan harga yang tinggi. Sukar untuk dapat nombor yang cantik secara percuma.

Sebagai Usahawan yang nak terbang lebih tinggi, kita mesti dapatkan nombor telefon yang cantik dan senang untuk prospek ingat. Pagi tadi, Ceo try tanya kepada 2 anak Ceo yang berumur 6 & 7 tahun di hadapan peserta program Jutawan Dari Rumah.
Ceo : Adik Dinie, berapa nombor telefon bimbit Papa?

Adik Dinie : 012 - ###1818 ( Senafas dia sebut )

Ceo : Omel. Ingat nombor telefon bimbit Papa?

Omel : 012 - # # #1818. Senang & kacang.

Ceo : Ok. Cuba beritahu nombor Mama?

Omel & Dinie : Err. Tak ingat.

Ada 13 saksi yang lihat & dengar. Testimoni secara spontan je. Ini menunjukkan mesej, andai kata nombor telefon bimbit yang mempunyai golden number akan mudah di ingati. Begitu juga bila kita terima name card yang ada nombor Vip ini.

Nombor juga melihatkan seperti lambang kejayaan yang tersembunyi. Apa perasaan kita bila ada nombor yang tertera di name di cetak seperti ini. 01# -888 8888. Wah. Mesti power dia ini. Secara tidak langsung kita sangat teruja & ingat dengan cepat.

Bukan menjadi kesalahan jika nak bisnes guna nombor biasa & berterabur tapi menjadi kelebihan untuk pelanggan ingat branding kita melalui nombor yang cantik dan mewah. In Shaa ALLAH. Aamiin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau.
 

JANGAN LUPA HOMEWORK.

20141127

MENERIMA & MEMBERI.

20141126

HOMEWORK: BINA LAMAN WEB.

20141125

BELUM CAPAI KEJAYAAN JIKA...

 
Mentor Bisnesku Berkata, ' Anda Belum Mencapai Kejayaan Dalam Bisnes Jika Hanya Penuhkan Dompet Sendiri Sahaja '. Ceo setuju. Ada sebahagian hak orang lain di setiap jualan. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. 
   

20141124

DRAF E-BOOK.

KELAS JUTAWAN.

20141123

NIAT BISNES.

20141117

AKITIVITI BISNES.

20141115

TIP BISNES DARI RUMAH: PUJIAN DALAM BISNES.


Menerima pujian membuat kita tersenyum & gembira. Begitu juga pelanggan. Mereka juga seronok jika kita memuji di awal perbualan. Biar senyuman sampai telinga tidak mengapa. Bila mereka sudah menyukai & gembira, langkah seterusnya lebih mudah. Biar 2 contoh ini membezakan antara Usahawan hebat dan yang biasa-biasa.

Contoh 1 :
Usahawan : Assallammuallaikum Puan. Apa khabar?
Pelanggan : Khabar baik.
Usahawan : Terima kasih order semula produk saya.
Pelanggan : Sama-sama.
Usahawan : Saya lihat Puan bertambah gemuk. Puan mesti jaga kesihatan tau.
Puan : Baiklah. (☆¤#*^!) berkata dalam hati.

Contoh 2 :
Usahawan : Assallammuallaikum Puan. Apa khabar?
Pelanggan : Khabar baik.
Usahawan : Terima kasih Puan sebab order lagi produk saya.
Pelanggan : Sama-sama.
Usahawan : Wah. Hand bag Puan ini sangat cantik. Design & warna pun saya suka. Puan sangat pandai pilih hand bag.
Pelanggan :

Agak - agak Usahawan yang mana beliau berurusniaga seterusnya. Teknik memuji sangat berkesan ketika bertemu pelanggan. Malah ianya percuma. Gunakan selalu boleh meningkatkan jualan dengan cepat. Teknik selalu diguna pakai oleh Usahawan hebat dan berjaya. Free but super superb. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
    

20141113

BRANDING DI FACEBOOK.


Facebook adalah medium terbaik untuk mencipta branding diri. Jenama diri sendiri adalah yang paling mahal. Majoriti Usahawan tidak perasan. Masing-masing berebut untuk menjual. Facebook masih belum caj apa - apa lagi untuk kita brandkan diri. Berikut adalah sebahagian cara kita brandkan diri sendiri.

1 : Menulis ejaan penuh.
2 : Gambar apa yang di upload
3 : Gambar apa yang di kongsi
4 : Siapa kawan baik
5 : Siapa mutual friend
6 : Komen yang ditulis
7 : Status yang di like
8 : Video yang di kongsi
9 : Program yang di hadiri
10 : Aktiviti harian


Facebook seperti resume kita. Jenama terbentuk tanpa kita sedar. Boleh jadi baik. Boleh jadi sebaliknya. Jangan pandang remeh perkara ini. Orang hebat pasti mahu berurusan dengan kita jika status kelihatan baik. Sebagai Usahawan dari rumah, kita wajib jaga nama baik dengan seeloknya. Sentiasa baca, lihat & fikir dahulu sebelum post sesuatu ke wall Facebook. Rekemen untuk buat perkara ini. Jika suka tekan like. Andai kata tidak suka diam. Sharing Is Branding. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
    

KELAS "INTEGRITI BISNES & STRATEGI MARKETING".


20141112

Kisah Cinta CEO (Episod 13)


Dah lama tak menulis kisah ini. Tak sangka, ramai juga yang mahu baca. Lebih 50 like (FB) pun aku rasa dah cukup ok. Mereka pembaca yang berkualiti. Andaikata aku mampu, aku belanja mereka kopi serentak. Jika anda pembaca yang baru, boleh cari episod sebelum ini di blog ini. Baiklah, jom aku mulakan. Sebelum membaca, aku nak pembaca senyum dahulu. Boleh mula senyum sekarang.

Pagi Sabtu aku berasa tidak selesa. Tengah hari ini aku di jemput hadir ke rumah keluarga si dia. Tujuan utama mesti mereka nak interview aku. Kumbang jantan ini kehilangan gaya stylo sekejap. Keyakinan diri terbang melayang. First time nak jumpa bapa dan mak mertua. Ops. Silap. Bakal bapa dan mak mertua.

Aku kumpul semula kekuatan. Aku buang ingatan yang negatif. Aku berkata kepada diri sendiri.

Aku : Takut dapat apa?
Aku : Malu dapat apa?
Aku : Kumbang lain nak peluang ini. Aku pula tak bersyukur.
Aku : Come on Samad. Engkau boleh.
Aku : Ya. Ini mungkin jodoh aku. Aku mesti boleh.

Sekejap sahaja aku dah kembali semangat. Aku pun dah seminggu tak jumpa kekasih hati aku tu. Rindulah juga. He2.

Jam 11 pagi aku hidupkan enjin proton wira maron. Kereta aku yang berkilat setia menemani aku. Sepanjang pemanduan aku secara solo ke Felda Soeharto berbagai fikiran yang bawa. Aku mesti susun skrip untuk bercakap. Penting ke? Ish. Mesti penting. Malah wajib bagi aku. Skrip mengorat & skrip mengurut emosi orang tua perlu skil berbeza. Mungkin aku boleh buat program tersebut. Bagaimana ayat yang berkesan untuk mengorat awek. Aku dah lari topik ini. Kita sambung semula.

Perjalanan 1.30 jam tidak terasa. Masuk je jalan kampung, perasaan seram aku datang semula. Degupan jantung lebih laju dari biasa. Lutut mula lemah dan bergoyang. Alamak. Penyakit kus -kus aku dah datang. Ya Allah, bantulah insan lemah ini.

Cerita ini ada sambungannya. Next episod, aku cerita pasal 'Sambal Tahun '.

PENJUAL TERDESAK.

 
Jangan desak atau kelihatan memaksa pelanggan membeli produk kita. Bina hubungan dahulu. Kenali mereka dengan lebih terperinci. Jangan menjadi Usahawan yang tamak pada pertemuan yang pertama & cuba membuat untung sebanyak mungkin dengan jualan tersebut. Sabar. Penjual terdesak sukar nak menang. Sebagai seorang Usahawan yang berjaya, kita mesti sabar. Banyakkan tanya soalan dahulu sebelum tindakan selanjutnya. Slow but steady. Perhatikan piawai 4 perkara ini sebelum mengunci jualan.

  1. Mereka mahu memiliki produk kita.
  2. Pelanggan nak sangat produk kita.
  3. Mereka mempunyai wang atau mampu untuk membayar harga produk kita.
  4. Pelanggan mendapat faedah setelah menggunakan produk kita.

Sekiranya 4 ciri itu tiada tapi kita cuba juga untuk menjual, besar kemungkinan kita mengalami kekecewaan. Teknik jualan terdesak membuat pelanggan lari pecut meninggalkan kita. Hafal 4 perkara di atas jika nak berjaya dalam bidang bisnes. Seni ini mesti di kuasai andai kata mahu menjadi Usahawan 5% yang berada di atas. Semua ini dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Pesanan ringkas ini di bawa oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. 
      

20141111

MEMBANTU RAKAN NIAGA.

20141110

TIP BISNES DARI RUMAH: BERMULA KECIL. BERMULA BETUL.


Apabila kita nak mulakan bisnes kecil dari rumah. Ini tindakan yang ideal. Walaupun kita mempunyai modal rm100,000 tunai di tangan, jangan gunakan semua modal tersebut. Cukuplah guna rm10,000 atau kurang. Tindakan bermula dengan modal besar untuk perniagaan yang pertama pasti mengundang kesilapan kronik. Jangan bakar tangan sendiri. Ilmu, pengalaman dan perancangan masih lagi lemah dan kecil. Sabar. Belajar dahulu uruskan perniagaan yang kecil dahulu. Tidak salah jika impikan perniagaan besar, juta -juta hatta billion sekalipun, tapi lebih baik bermula kecil & betul. 

Ramai juga rakan Fb Ceo bermula dari rumah. Antaranya adalah Tuan Fazli Little Trees, Puan Suraya Ali, Tuan Azmin Ab Rahman, Tuan Master Zuheir Mafarz dan Tuan Zubayry Abady. Malah berniaga dari rumah juga boleh mengatasi kejayaan perniagaan yang ada kedai. Kejayaan bisnes bukan di tentukan berapa besar kedai kita tapi di ukur berapa cepat & banyak Roi yang kita terima. Mulakan sahaja bisnes kecil dengan apa yang ada di tangan. Tapi mesti bermula betul. Tidak salah bermula ciput tapi mesti bermula dengan jiwa yang besar. Salah satu cara yang betul adalah cari Mentor yang betul. Ehem2. Lebih afdal Cikgu garang yang ada janggut. Beliau dah lalui proses tersebut dan bersedia untuk berkongsi pengalaman & formula. In Shaa ALLAH. Amin. 

Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. He2 kopi satu! 
   

20141109

TIP BISNES DARI RUMAH: UNIVERSITI BERGERAK.



Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti menambah ilmu pengetahuan setiap hari. Cari jalan bagaimana setiap masa yang terluang di gunakan dengan sebaiknya. Untuk berjaya & kaya, jangan buat apa Usahawan biasa-biasa amalkan. Mereka juga tidak mahu buat apa Usahawan berjaya lakukan.

Secara purata, kita memandu kenderaan 2 jam setiap hari.Jangan hanya dengar muzik. Dengar juga Cd ilmu dalam pemanduan kita. 2 jam sehari, kita ada 14 jam seminggu sumber ilmu yang di terima. Mendengar dengan fokus selama setahun, kita mendapat ilmu melebihi 500 jam, seperti sudah berada 2 semester di Universiti. Universiti bergerak ini telah membantu ramai Usahawan yang hebat & berjaya. Keluarkan sejumlah wang untuk membeli Cd ilmu ini. Program audio yang kita dengar setiap hari boleh menjadikan daya fikiran kita semakin ampuh.Kekuatan minda juga bertambah bijak mengurus segala cabaran. Formula ini mudah tetapi berkesan. Murah tapi sangat bernilai. Jika sudah tahu formula ini, terus bertindak hari ini. Bukan esok atau lusa. Jumpa anda semua di Planet Jutawan. In Shaa ALLAH. Amin. 

Ps : Perkongsian ini di bawakan oleh Cikgu yang garang tetapi stylo. Beliau mengajar guna rotan. Homework mesti siapkan sebelum bertemu beliau. He2 kopi satu! 
  

20141108

SURVEY ASET.

20141106

1000 KENALAN.


Cipta jambatan untuk mencari & menerima 1000 kenalan baru setahun. Bina hubungan dahulu. Pilih yang berkualiti untuk lebih rapat. Networking, networking, networking before earning. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Ini juga homework untuk nak berjaya.
  

20141105

PROGRAM PAGI TADI.

20141104

KISAH AKU DAN ABAH.

Gambar Arwah Haji Abdul Rahman Bin Ibrahim.

Kisah ini berlaku seminggu sebelum 4 November 2012.

Ketika aku sedang memandu, tiba - tiba telefon bimbit aku berdering. Aku mengangkat telefon tertera nama Abah di skrin.

Aku : Assallammuallaikum Abah?

Abah : Waallaikumsallam. Duku sihat ke? ( Duku panggilan manja Abah kepada aku. Setiap adik beradik aku ada gelaran tersendiri. )

Aku : Alhamdulillah. Sihat Bah. Sekarang tengah memandu. Nak hantar order ke pelanggan. Abah sihat?

Abah : Abah sihat je. Abah nak minta sesuatu boleh?

Aku : Boleh Bah.

Abah : Abah nak kereta. Kor belikan Abah kereta kancil buruk boleh? Harga 3-4 ribu je. Senang Abah nak pergi mengeteh dengan kawan.

Aku : Boleh Abah. Tapi untuk Abah saya carikan kereta kelisa gear automatik. Senang sikit Abah nak bawa. Model ini baru sikit.

Abah : Abah tak kisah. Janji boleh tayang kat kawan - kawan Abah yang kereta ini anak Abah yang beli. Abah nak beritahu mereka yang anak Abah berjaya dalam bisnes. Abah tumpang bangga. ( Bunyi sangat ceria )

Aku : Baiklah. Beri masa seminggu. Samad carikan kelisa untuk Abah. Siapa nak pandu nanti? Abah mata dah tak berapa nampak.

Abah : Abah ada pemandu. Terus letak.

Lepas perbualan ringkas, aku terus cari majalah yang menjual kereta terpakai. Ada beberapa yang aku berkenan. Hadiah kepada Abah mesti yang agak baru & gear automatik. Aku mesti tunaikan permintaan beliau. In Shaa ALLAH.

Seminggu selepas itu, jam awal pagi. Kami menerima panggilan yang Abah jatuh di rumah beliau.Perbualan aku minggu lepas adalah perbualan kami yang terakhir. Malam sebelum itu, beliau di masukkan ke Hospital tetapi berkeras untuk balik. Sudah bertahun -tahun setiap kali Abah masuk hospital, aku orang pertama yang beliau hubungi. Tapi kali ini tidak. Beliau menghembuskan nafas terakhir di rumah sendiri. Penyakit tiga serangkai menjadi asbab untuk di jemput. Memang benar, kenderaan terakhir yang arwah naik bersama pemandu. Air mata mengalir tanpa di sedari. Ketika memandikan arwah Abah aku lihat wajahnya yang tenang. Wajah beliau banyak persamaan dengan aku. Bentuk badan juga begitu. Ketika aku menaip kisah ini, aku menangis. Aku menangis semahunya. Aku rindu Abah. Ya. Aku sangat rindu.

Hari ini, genap 2 tahun kami kehilangan Abah. Gurau senda & lawak spontan yang membuat kami ketawa masih kekal di ingatan. Semoga roh Abah aman di sana & di tempatkan golongan yang beriman. Amin. Al -Fatihah.
         

20141101

AKTIVITI BISNES.


 

4 Perkara Penting Dalam Bisnes.
  1. Starting 
  2. Branding 
  3. Marketing 
  4. Networking
Tidak mengapa bermula kecil tapi mesti bermula dengan betul. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  

20141029

TIP BISNES DARI RUMAH: 7 KETAGIHAN.

 
 
7 DNA ketagihan ini mesti ada di setiap Usahawan bisnes dari rumah jika mahu berbeza dari yang biasa-biasa. We do the best, let ALLAH do the rest. Amin. He2 kopi satu!
  

20141028

MODAL BESAR & KECIL.


Tidak salah bermula modal besar. Boleh juga bermula modal ciput. Tapi keduanya mesti bermula BETUL '. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20141026

ILMU & AMAL.

20141025

PILIHAN.


Mentor Bisnesku Berkata, ' Kita Boleh Pilih Hidup Sederhana & Biasa - Biasa Tetapi Di Dalam Bisnes Kita Mesti Pilih Untuk Kaya & Berjaya. Tiada Kesalahan Untuk Menjadi Kaya Dari Segi Undang- Undang & Agama '. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  

20141022

KISAH SEMASA DI THAILAND.

Biar slow tetapi mesti stylo.

5 Perkara Yang Di Perhatikan Di Thailand. 

1 : Sepanjang perjalanan ride dari Danok, sempadan Thailand menuju ke Phuket, tiada jumpa satu pun kemalangan kecil mahupun besar. Walaupun cuaca hujan lebat dan jalan licin. Banyak juga jalan yang mempunyai selekoh tajam. 95 % pemandu di sana sentiasa memberi ruang untuk kami memotong. Averange kelajuan motorsikal yang di tunggang sekitar 140 kmh- 200 kmh tetapi sentiasa mereka memberi ruang. Alhamdulillah.

2 : Kenderaan yang agak popular di sana adalah trak pickup. Mereka boleh sumbat penumpang hingga 10 orang di bahagian tempat barang. Mak Cik - Mak Cik pun ramai yang sanggup duduk berhimpit di kenderaan tersebut. Jika hujan mereka gunakan kanvas untuk tutup kepala. Ini perkara biasa di sana. Walaupun faktor keselamatan agak longgar tetapi amalan pemanduan normal di sana. Seperti di Malaysia, menunggang motosikal memakai jaket terbalik adalah standard biasa di sini.

3 : Tiada Tol. Langsung tiada tol. Walaupun jalan 2 lorong bersama lorong kiri untuk kegunaan motosikal & lorong kecemasan tetap tidak di kenakan bayaran tol. Memang selesa menunggang di sana. Cuma kami tidak ride waktu malam. Jika pembaca sebagai Bikers mesti beranikan diri untuk ride di sini. Tidak perlu ride laju pun. Biar slow tetapi mesti stylo.

4 : Petrol mahal tetapi barang keperluan tetap murah. Mitos minyak mahal barang mahal tidak berlaku di Selatan Thailand. Sekitar rm3.80 liter. Lebih kurang begitu. Ceo isi minyak petrol penuh sekitar rm75. Memang terasa isi sebegitu tetapi yang belian barangan lain masih murah. Barangan kain, buah-buahan, cenderahati masih murah banding di Malaysia.

5 : Hotel 4 bintang tetapi bayar harga 2 bintang. Memang berbaloi membayar rm720 untuk 4 malam berada di sana. Contoh, pihak pengurusan Hotel Patong Heritage di Phuket beri kami katil 2 Queen. Bilik besar, bilik air besar dan air shower yang laju. Puas mandi. Tilam selesa dan air cond 2 hp memberi keselesaan maksima. Kami juga bertemu ramai pelancong dari Taiwan, Korea yang suka sangat dengan konvoi kami. Beratur mereka hendak bergambar dengan motosikal kami. Kembang semangkuk kami. He2kopi satu!
   

20141021

TIRU TAKTIK.

20141018

BERCUTI SEBENTAR.

20141016

KELAS 'BERMULA KECIL, BERMULA BETUL".


Nota: 
Hubungi Tuan Zubayry Abady untuk mendaftar nama di program ' Bermula Kecil. Bermula Betul '. Klik di sini.
 

AKU, BANGLA & RM20.

Ceo bersama rakan lama, Abdul Fattah.
Hari ini aku bercuti. Berehat untuk bersedia ride ke Phuket, Thailand esok. Pagi jam 11.30 pagi aku jumpa dahulu Abdul Fattah @ Nik A Ramli kawan lama semasa di Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail. Kami berbual sekitar 2 jam. Topik yang menjadi perbualan kami ialah beliau bercadang untuk terbit buku tentang hiasan dalaman. Aku yang dah ada sedikit pengalaman ada berkongsi pengalaman dan sedikit tip. Hari ini beliau belanja aku. Tak sempat aku nak bayar, bil dah setel. Seraya tersenyum, Fattah berkata, 'Asyik Samad je bayar, mana boleh. Fattah pun nak pahala.

Aku gagal belanja dia. Selepas itu, kami ke Mph untuk pergi tengok buku. Aku senyum melihat dua buku aku masih berada di rak jualan.Tersusun cantik. Kami tidak lama di situ Fattah kena balik. Selepas bersalaman aku terus ke tempat bowling. Sebelum itu aku singgah sekejap untuk beli tiket wayang. Dah lama tak menonton filem. Sebab cuti, aku belanja diri sendiri. Aku terus ke bowling bertujuan untuk pinjam toilet mereka. Di sinilah tempat aku anjurkan bowling ria Truetech Group awal tahun. Pekerja yang bertanggungjawab menjaga tandas seorang Bangla, dia tersenyum melihat aku walaupun dari jauh.
Bangla : Assallammuallaikum Boss. Lama tarak mari. Banyak busy ke?
Aku : Iyalah.You sudah makan.
Bangla : Belum Boss. Sikit jam.
Aku : Saya sudah lama tidak belanja kamu makan. Ambil ini, buat belanja makan.
Bangla : Terima kasih.

Kami berbual sekitar 2 minit sebelum aku pergi menonton wayang. Cerita hari ini tidak berapa best. Tapi tak kisah pun sebab aku memang nak rehat. 30 minit selepas wayang bermula, aku menerima satu sms dari seorang pelanggan yang lama tidak order. Setahun lebih tidak pernah order. Kali beliau meminta sebut harga dengan kuantiti yang banyak sedikit. Aku memberi satu sebut harga yang bernilai Rm1,700. Lepas itu beliau minta kompomkan nombor akaun aku. Selang beberapa minit, beliau sms yang duit bernilai Rm1,700 sudah di kredit di akaun aku. Alhamdulillah. Janji Allah memang benar. Setiap sedekah yang di sumbang pasti mendapat balasan. Tiba - tiba aku teringat akan kawan Bangla aku tadi. Walaupun aku tak berjaya belanja Fattah tetapi sumbangan Rm20 kepada Bangla, Allah gandakan 850 kali nilai duit tersebut. Nikmat apa lagi yang hendak di dustakan. 

Begitu kisah MAGIC tentang sedekah. Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah. Bersedekah setiap hari jika nak kaya. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

20141015

BERMULA MODAL BESAR TAPI ILMU CIPUT.


Aku bermula bisnes secara sepenuh masa bulan june 2008. Niat aku bisnes hanya untuk cari makan & duit untuk membayar segala bayaran bulanan. Jadi sebelum aku berhenti kerja, aku gunakan payslip sebagai dokumen untuk aku buat personal loan. Permohonan aku berjaya. 3 bank yang aku pohon luluskan. Jumlah terkumpul sebanyak rm29 ribu. Bank A beri rm7 ribu. Bank B luluskan rm8 ribu. Bank C yang paling popular di Malaysia banyak untung dengan personal loan memberi aku hutang rm14 ribu. Aku bermula dengan angka yang besar. Cuma aku terjun di lautan perniagaan dengan dua kaki.
 
Perjalanan bisnes aku kelihatan ok. Kelihatan berjaya. Kelihatan seronok. Serba serbi best. Rm29 ribu aku guna perlahan - lahan. Aku belanja apa jua yang terlintas di fikiran. Walaupun aku rekod jualan & perbelanjaan setiap hari tetapi aku gagal kawal perbelanjaan aku. Aku sangat rajin. Aku jaga disiplin. Aku seronok jumpa pelanggan. Aku sentiasa anggap pelanggan sebagai King. Aku bekerja keras. Aku bisnes 18 jam sehari. Sabtu & ahad pun bisnes. Kadangkala hingga jam 3 pagi. Masih mempunyai kekuatan untuk keluar semula jumpa pelanggan walaupun baru sahaja sampai rumah. Aku mempunyai stamina luar biasa. Aku datang 30 minit lebih awal dari pelanggan. Akhirnya bila aku semak pencapaian aku 12 bulan.

1 : Aku sudah mempunyai ramai pelanggan.
2 : Brand nama aku mula di kenali oleh pembekal, kawan & orang sekeliling.
3 : Repeat sale sudah mula berlaku.
4 : Ramai yang mula berminat berniaga perkara yang sama.
5 : Aku menjadi semakin busy & order sentiasa ada setiap hari.

Rumusan yang terakhir ini membuat aku terduduk & menjadi wake up call. Segala had kad kredit aku guna. Duit simpanan habis aku guna. Personal loan clear aku pakai. Dalam tempoh setahun aku mengumpul hutang yang banyak. Bisnes aku ini menjadikan aku busy tetapi miskin. Aku cepat papa dari perniagaan ini berbanding aku bekerja berpuluh tahun. Di mana silapnya? Bukankah bisnes boleh jadi kaya. Kini baru aku sedar ada kesilapan sudah berlaku. Aku tiada siapa untuk tegur. Aku belajar & bisnes sendirian. Aku terima result ini sebagai cukai kebodohan. June 2009 aku bermula sekali lagi. Aku bermula dengan apa yang ada di tangan. Hutang rm80k yang aku kumpul tanpa sedar menjadikan yuran kebodohan paling mahal aku. Kali ini aku bermula dengan modal azam yang berapi tetapi dengan modal tunai terciput. Ya. Sumbu motivasi aku sudah di nyalakan.
  
Ops. Cerita ini aku sambung semula di dalam kelas 'Bermula Kecil. Bermula Betul. ' In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  
# Hubungi Tuan Zubayry Abady untuk mendaftar nama di program ' Bermula Kecil. Bermula Betul '.
  • 23 October 2014. Sudah Penuh.
  • 5 November. Dibuka untuk pendaftaran. 

20141014

PROGRAM BISNES DARI RUMAH.

20141013

ROCK YOUR BRAND.


Bismillah. Sabtu & ahad yang lalu, Ceo hadirkan diri di Program Rock Your Brand. Siri 2. Satu program yang sangat yang hebat untuk Usahawan yang berniaga dari rumah. Jika bisnes tidak mempunyai branding yang kuat, sukar untuk bertahan lama. Speaker yang mempunyai pengalaman 9 tahun, Tuan Fazli Little Trees berkongsi bagaimana beliau bermula. Pada awalnya beliau juga tidak mempunyai pekerja & pejabat. Mitos jika ingin berniaga mesti ada pejabat yang cantik untuk berjaya adalah tidak benar.Terlalu banyak ilmu yang Ceo sedut dari perkongsian beliau. Ceo kongsikan 5 perkara di blog ini.

1 : Murah Hati.
Sikap ini mesti ada untuk berjaya dalam bisnes. Sikap yang mesti kita amalkan. Antara sikap yang Ceo lihat faktor kejayaan Tuan Speaker adalah beliau sangat suka memberi hadiah. Beri. Beri. Beri. Beri. Beri. Kami 60 orang sebagai murid beliau, balik dengan berbagai barangan bernilai tetapi di beri dengan percuma. Belum pernah lagi program seumpama ini Ceo jumpa. Beliau juga sarat membawa balik hadiah yang di terima dari peserta hasil dari sikap ini. More you give, more you get back.

2 : Brand Diri Sendiri.
Ini adalah formula kejayaan yang di guna pakai oleh insan yang hebat dan berjaya. Kita mesti belajar bagaimana membrandkan diri sendiri. Berbagai skil mesti kita kuasai. Antara contoh :
  1. Bijak berkomunikasi
  2. Pandai bina hubungan
  3. Skil berunding
  4. Mesti kreatif
  5. Cara penampilan
Jenama diri kita mesti di yakini oleh orang lain. Andaikata kita sudah mempunyai brand yang kuat, beratur panjang orang yang nak berurusan dengan kita.

3 : Strategi Laut Biru.
Sebagai bisnes kecil dari rumah, kita mesti alert persaingan produk di pasaran. Sedikit kreatif di perlukan di sini. Jangan bersaing dengan harga yang murah dengan pesaing yang menjual produk yang sama atau lebih kurang sama. Sentiasa cari jalan menjadikan produk kita unik dan berbeza dengan pasaran. Cipta pasaran kita sendiri. Bina tribe & berniaga sahaja dengan tribe kita dahulu.

4 : Kecil Dan Simple.
Jangan memilih packaging produk yang besar. Berbagai masalah yang kita hadapi nanti. Keep It small & simple. Andai kata produk kita besar, susah nak simpan. Ruang besar di perlukan. Susah nak bawa juga. Jika kita hanya mempunyai motorsikal sahaja, bagaimana kita nak angkut tempahan kita kelak. Harga untuk pos laju pun tambah mahal. Kos operasi pun naik. Pilih produk yang kecil, lasak, tahan lama tetapi margin besar.

5 : Proses.
Untuk mempunyai jenama yang kuat dan di percayai ramai, ianya mesti melalui proses yang sangat lama & berbagai halangan. Kita mesti tempuh proses ini dengan berani. Setiap cabaran yang dihadapi boleh menjadikan kita lebih bijak & matang. Untuk berjaya kita mesti buat apa yang biasa-biasa tidak mahu lakukan. Apabila kita berdiri di puncak kejayaan, episod duka di awal pendakian menjadi cerita manis untuk anak cucu. In Shaa ALLAH. Amin.

Terima kasih Tuan Guru & Puan Lily Sabrina Md Saberi. Semoga kita berjumpa lagi. Halalkan ilmu ini. Di doakan kalian terus sihat dan bersemangat waja untuk memandaikan bangsa. Amin.

# Fenomena 'Biar Slow Tetapi Mesti Stylo ' sudah merebak. He2 kopi satu!
  

20141012

Kisah Cinta CEO (Episod 12)

 

Bismillah. Bercinta jarak jauh memang seronok.Tak perlu dating setiap hari. Jimat duit sikit. Jadi aku boleh fokus dalam pekerjaan aku. Cuma, bila rindu sedikit terus sms segera. Jika tidak boleh kawal perasaan kerinduan itu yang payah. Mesti dengar suara. Terpaksa buat panggilan. Bergayut di telefon pula. He2. Aku ingat jimat duit, tapi bil berjela. Perkara biasa dalam percintaan. Hero mesti berkorban.

Aku & si dia berhubung melalui telefon bimbit. Nampaknya skil aku dalam talian ternyata tidak luntur. Walaupun aku tidak berada di sisi tapi aku seperti sentiasa ada di sebelah. Kami berhubung mesra seperti pasangan lain juga. Cuma aku masih kurang yakin sebab keluarga beliau masih belum mengenali aku lagi. Siapalah mamat dari Damansara Damai ini? Restu mesti di pohon. Restu mesti ada. Kali ini aku tidak boleh tunggu lama. Aku mesti bertindak segera. Aku nak jumpa keluarga beliau cepat. Aku bersedia apa jua kemungkinan. Aku mungkin tidak di terima. Jawapan mesti di perolehi. Jika aku tahu lebih awal senang aku plan lain. Aku ada plan lebih besar jika di sambut baik. Aku bersedia jika di reject. Kumbang jantan ini dah biasa kena reject. Apa ada hal. At least jika aku serius nak bertanya, aku bakal terima 2 jawapan aje. Ya atau tidak. 

Selang seminggu, Nor call aku
Nor : Abang, Bapak nak jumpa.
Aku :Bila?
Nor : Sabtu ini. Boleh?
Aku : Boleh. Abang ready. Bapak garang ke?
Nor : Ntah. 

Jawapan terakhir membuatkan aku telan air liur. Bagaimana aku nak berdepan dengan Bapa mertua yang garang? Maksud aku bakal Bapa mertua. Psikologi orang tua aku tak faham sebab aku masih muda. Ehem2. Kelihatan masih muda. Aku berpengalaman luas menjadi ketua penanggah kenduri kahwin. Tapi ini aku bakal di interview untuk menjadi menantu. Level konfiden aku turun hingga 10%. Ini pengalaman aku yang pertama. .

Oklah. Aku nak bancuh kopi dahulu. Kita sambung semula ya. He2 kopi satu! 
 

20141011

BIAR ANGKA BERBICARA:

20141010

RADIANCE SIGNATURE.

20141009

5 TANDA POKAI.

 

Bismillah. 5 Tanda Pokai:
  1. Gagal menyimpan hatta rm50 sebulan.
  2. Terpaksa melihat baki dahulu di skrin ATM sebelum mengeluarkan wang.
  3.  Membayar jumlah minima kad kredit.
  4. Terpaksa berhutang untuk membayar hutang yang lain.
  5. Tidak membalas atau menjawab sms atau call dari pemiutang.

Sekitar tahun 2008 hingga awal 2009 aku juga berada di status nombor 1,2 & 3. Walaupun 2008 aku dah mulakan bisnes secara full time tapi aku lebih miskin dari 10 tahun aku menjadi seorang driver. Aku mula tersedar bila aku duduk menulis nilai perniagaan aku. Segala wang keluar & wang masuk aku catit rapi. Walaupun pernah aku keuntungan bersih sehari rm900 hasil bisnes telefon bimbit dari rumah tapi tunai yang berada di tangan & baki di bank tidak seimbang. Pada mulanya aku rasa segalanya ok, tapi bila kaji kedudukan kewangan aku, rupanya aku berundur ke belakang. Setahun perniagaan aku ini menjadikan aku miskin perlahan - perlahan. Aku gagal pantau ke mana duit aku pergi. Barulah aku sedar yang aku ini jahil menguruskan kewangan. Walaupun pun 4 kad kredit aku sudah mencapai tahap maksimum, aku lemas dengan personal loan dari 3 buah bank ternama. 

Aku bangkit semula. Aku mesti belajar tentang duit. Aku mesti menguasai kemahiran tentang duit. Aku bermula sekali lagi. Kali ini, aku bersedia ikat perut. Ilmu tentang kewangan aku upgrade perlahan - perlahan melalui pembacaan. Amat kurang sekali program atau seminar tentang pengurusan wang peribadi masa itu. Segala nafsu untuk berbelanja secara semberono aku pecat. Ketagihan berbelanja aku ubah. Tabiat ketagihan menyimpan mula terbentuk. Sikap & pandangan aku sudah berbeza. 

Ketika mempunyai wang yang sedikit, berbagai jenis barangan aku nak beli. Tetapi bila sudah mempunyai wang yang lebih aku mula rasa tidak selesa untuk berbelanja sesuka hati. Memang betul, bila aku sudah merasai berada di lokasi paling bawah, aku mula menghargai apa yang di miliki. Aku sanggup membayar untuk buku & program ilmu tanpa berfikir panjang, tetapi aku ambil masa yang lama untuk berbelanja perkara material yang lain. Perubahan mesti di lakukan jika mahu ubah 5 status di atas. Boleh buang ego untuk turunkan life style. Jual segala barangan yang di sayang tetapi tidak berguna. 

Lari dari cabaran kewangan tidak menyelesaikan masalah tersebut. Akui kesilapan diri & mulakan keyakinan untuk mengurus segala cabaran kewangan. Hutang duit tidak datang secara sengaja. Kita yang memilih untuk tanda tangan bersetuju untuk membayar dalam tempoh yang lama & jumlah yang lebih dari yang di pinjam. Setiap cabaran ada pakej kejayaan. Walaupun nasi kelihatan sudah jadi bubur. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Di doakan semoga semua pembaca status ini sihat, kaya & berjaya dunia & akhirat. Amin.
  

20141008

BAHAGIA & BERJAYA.

 

Mesti Bahagia Dahulu Sebelum Berjaya Bukan Dah Berjaya Baru Bahagia '. Ceo pilih untuk bahagia. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

20141007

BEST SELLER.

20141006

PESANAN KEPADA DIRI SENDIRI :


"Aku Tiada Masa Untuk Mencari Kesilapan Atau Kekurangan Orang Lain Kerana Aku Terlalu Sibuk Memperbaiki Kesilapan & Menambah Nilai Diri Sendiri ."
Kejayaan bukan destinasi tetapi kejayaan adalah sebuah lebuhraya dalam pembikinan. Dengan izin Allah. Amin.

He2 kopi satu!
  

20141004

TIP BISNES DARI RUMAH: KISAH SMS..


Pada suatu pagi Jumaat sekitar tahun 2012, aku menerima satu sms. Memang kerap benar aku menerima sms berbentuk tawaran menjadi kaya & berjaya. Selalunya aku delete sms tersebut atau buat tak tahu je. Memandangkan aku free pagi itu, aku pun berbalas sms dengan si penghantar sms tersebut. Berikut antara yang aku ingat.
Sms 1 :
Peluang menjana pendapatan sehingga 4 digit sehari dengan modal rm100. Tak perlu jual barang. Tak perlu simpan stok. Ini bukan Mlm, skim cepat kaya & sistem piramid. Berminat sila balas semula untuk kita berjumpa. Terima kasih.

Aku :
Saya berminat. Boleh kita berjumpa di Restoran Mekdee di Damansara Damai, jam 11 pagi Isnin depan. Boleh saya tahu nama & lokasi Tuan?
Samad.

Sms 2 :
Baiklah. Kita jumpa hari isnin di Restoran Mekdee Damansara Damai jam 11am. Nama saya Pak Pandir ( Bukan nama sebenar ). Lokasi saya di Klang.

Aku :
Ok. Tolong bawa statement bank 6 bulan yang terbaru. Pastikan nama Pak Pandir punya ya. Kita jumpa hari isnin. Terima kasih.

Sms ke 3 :
Ok. Boleh. Terima kasih.

Sms ke 4 :
Maaf. Jadual saya hari isnin sibuk. Saya berada di Shah Alam. Lagipun saya tidak tahu di mana Damansara Damai.

Aku :
Lewat pun takpe. Saya tunggu. Mesti bawa 6 bulan bank statement Pak Pandir ya. Jika tidak tahu tempat, naik teksi. Nanti saya bayarkan.

Sms ke 5 :
Saya tahu ke Damansara Perdana sahaja. Ibu pejabat kat sana. Boleh datang ke sana. Kita jumpa di Damansara Perdana.

Aku :
Damansara Perdana dekat sahaja dengan Damansara Damai. Pak Pandir naik teksi. Nanti saya bayarkan. Jangan lupa bawa 6 bulan bank statement ya.

Sms ke 6 :
Boleh datang ibu pejabat kami. Boss kami boleh tunjuk statement bank tu.

Ini sms beliau yang terakhir. Aku tidak tahu bagaimana bisnes bermodalkan rm100 tanpa jual barang tapi boleh memberi pulangan sehingga 1000%. Hebat betul sistem ini. Sekarang ini pun masih berleluasa sistem ini. Masih banyak iklan seperti ini. Perkara asas dalam bidang bisnes ada berlaku jualan. Mesti ada pembeli. Mesti ada penjual. Pertukaran produk atau perkhidmatan. Berlaku bisnes di situ.

Untuk usahawan yang baru bisnes kecil dari rumah, mesti belajar teknik yang betul dalam bidang jualan. Mesti jadi jurujual terbaik sebelum upgrade menjadi pembekal pula di masa hadapan. Mentor yang hebat pun mesti jadi anak murid dahulu. Beginner dahulu sebelum expert. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
     

20141003

MEETING EXCO TRUETECH GROUP.

20141002

MENCARI SILAP.


'Mencari Kesilapan Orang Lain Umpama Mencari Gula Di Kilang Gula.' 

Jangan fokus perkara ini. Lebih baik perbaiki diri sendiri & upgrade ilmu di dada. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
      

20140930

UBAH 3 PERKARA.


Bismillah. Kita Tidak Boleh Ramal Masa Depan Tetapi Kita Boleh Merancang Untuk Masa Depan.

Lihat Di Bawah:
1 : Siapa Kawan Kita.
2 : Buku Apa Kita Baca.
3 : Siapa Mentor Kita.
Ubah 3 perkara di atas, pasti ada perubahan. ' Dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!
   

20140929

TIP BISNES DARI RUMAH: KAD NAMA BISNES.


Bismillah. Sebagai Usahawan yang baru, kita mesti berusaha untuk membina rangkaian kenalan bisnes mahupun pelanggan. Sebelum kita turun padang untuk berjumpa dengan mereka, pastikan persiapan awal ini mesti di siapkan. Situasi ini pasti berlaku di dalam apa jua program yang kita hadiri atau berbual dengan kawan yang baru kita kenali. Contoh :

Usahawan : Nama saya Samad. Saya bisnes dari rumah. Tuan apa khabar?

Kenalan: Alhamdulillah. Saya sihat. Tuan bisnes produk apa? Boleh beri kad bisnes?

Usahawan : Maaf. Kad bisnes saya belum siap.

Perkara ini simple sahaja.Kelihatan kita tidak bersedia tanpa sedar. Kita sudah menyampaikan mesej tentang bisnes yang kita sedang usahakan. Pertemuan pertama kita sudah tewas pusingan itu. Usahawan yang bersedia dengan kad bisnes yang sentiasa ada di dompet tahu bila masa yang sesuai untuk menyerahkannya. Situasi di atas berlaku di mana - mana. Begitu dengan kehadiran kita di program yang di hadiri beribu peserta. Peluang untuk kenal mereka hilang begitu sahaja. Kita tidak mempunyai banyak masa untuk berkongsi cerita tentang kita kepada mereka. Kad nama menjadi duta kepada kita. Usah terlalu kemut untuk melabur sedikit duit merekacipta kad bisnes ini. Buat yang benar-benar bermutu tinggi & kalis air. 
 
Rekemen kuat supaya sertakan sekali gambar kita selain info bisnes, nombor telefon & website. Gambar kita membantu mereka ingatkan diri kita. Cuba kita tengok beratus - ratus kad yang kita terima. Dalam tempoh tertentu, kita terlupa siapa empunya sebenarnya kad itu. Begitu juga nasib kita, kad kita juga gagal di ingati oleh penerima. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, letak gambar versi kita yang terbaik. Mereka pasti ingat kita dalam tempoh yang lama. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
 
   

20140928

ANTARA USAHAWAN TAKUT DAN BERANI.


Bismillah. 'Usahawan Yang Terlalu Takut Rugi Biasanya Yang Selalu Mengalami Kerugian Berbanding Dengan Usahawan Yang Berani Mengambil Risiko Kerugian '. Semuanya dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu! 
  

20140927

TIP BISNES DARI RUMAH: WEBSITE BISNES.


Bismillah. Mempunyai satu website rasmi untuk bisnes kita menjadi satu kelebihan. Bermula tanpa website pun boleh tetapi mempunyai website menjadikan kita lebih bersedia. Sebagai Usahawan baru bisnes dari rumah kita mesti siapkan website kita dalam tempoh 3 bulan sekurang - kurangnya. Dalam tempoh tersebut, kita dah boleh kumpul testimoni pelanggan -pelanggan kita. Jangan lupa juga mengambil gambar setiap aktiviti perniagaan kita. Bisnes mesti ada aktiviti. Bukan gebang kaku tanpa nyawa. Sebagai contoh, kita boleh lihat Usahawan yang berjaya sentiasa update aktiviti mereka. Kita mesti follow trend ini. Di muatkan dalam website. Tak tahu buat takpe. Upah sahaja kepada yang pakar. Mari kita membuat satu situasi ini sebagai contoh :

Semasa kita sedang memandu. Ada panggilan telefon berdering.
Usahawan : Assallammuallaikum.

Prospek : Waallaikumsallam. Saya Puan Nor dari Rawang. Boleh saya bertanya tentang produk herskin?

Usahawan : Puan nak bertanya dahulu atau nak beli?

Prospek : Saya nak tahu dahulu produk herskin itu apa?

Usahawan : Saya sedang memandu. Sukar untuk explain dalam pemanduan. Boleh Puan baca dahulu di website kami dahulu?

Prospek : Boleh. Apa laman webnya?

Usahawan : www.HerSkin2u.com. Puan boleh baca dahulu ya. Terima kasih.

Prospek : Baiklah. Sama-sama.

Website boleh membantu jika kita dalam keadaan sibuk & tidak bersedia untuk membuat penerangan di dalam talian. Skrip menjawab mesti ada di sediakan. Jangan jadi penjual terdesak yang ingin terus menjual pada panggilan pertama dengan jualan yang banyak & untung tinggi. Sabar. Bina hubungan dahulu. Usahawan yang mempunyai website mempunyai banyak kelebihan. Walaupun pun bukan kewajipan tetapi website boleh menjadi salah satu tool marketing perniagaan yang sangat berkesan. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!
  

20140926

TIP BISNES DARI RUMAH: PETA 1 TAHUN.


Bismillah. Peta kejayaan dari hari pertama hingga 1 tahun.

  1. Niat bisnes mesti betul.
  2. Skrip doa untuk di berikan kepada Ibu bapa.
  3. Restu kedua ibu bapa mesti ada.
  4. Mesti pasangan doakan.
  5. Modal kecil takpe. Modal jiwa mesti besar.
  6. Tulis matlamat. Jelas sejelasnya.
  7. Produk pertama mesti di pilih melepasi piawai.
  8. Pilih nama syarikat yang mempunyai maksud yang bagus. Jangan cincai sahaja.
  9. Slogan mesti ada.
  10. Pilih warna tema.
  11. Logo syarikat mesti siap.
  12. Kad nama yang pro.
  13. Buka akaun bank.
  14. Buat resit.
  15. Chop syarikat yang berkualiti.
  16. Website rasmi.
  17. Besarkan memori telefon bimbit. Upgrade jika ada kemampuan.
  18. Komputer basic pun cukup.
  19. Tutup Tv.
  20. Baca buku.
  21. Cd motivasi di dalam kereta.
  22. Stop membaca suratkhabar.
  23. Gunakan apa jua yang idea yang ada untuk bermula.
  24. Mula belajar menjual.
  25. Sms kepada semua prospek.
  26. Dapatkan jualan pertama.
  27. Masa terbaik untuk mendapatkan jualan kedua adalah selepas jualan pertama.
  28. Beritahu semua tentang bisnes kita.
  29. Dapatkan maklum balas.
  30. Kawal emosi.
  31. Jangan bergaduh dengan pelanggan. Iakan aje. Kita newbie maa.
  32. Bersihkan kenderaan rasmi.
  33. Buang stokin lama.
  34. Penampilan mesti ubah. Jangan pakai selipar semasa temu janji.
  35. Rekod jualan.
  36. Simpan duit. Asingkan.
  37. Mula cari kawan baru.
  38. Belajar bertindak pantas.
  39. Hadir 3 program ilmu.
  40. Cipta kejayaan kecil dahulu.
  41. Jangan main game. Delete Angry Bird.
  42. Penolakan di terima dengan senyuman.
  43. Jangan terlibat dengan mana - mana perlaburan.
  44. Jangan beri pelanggan hutang.
  45. Belajar bagaimana mendapatkan belian ulangan.
  46. Sentiasa berada tangan di atas.
  47. Bina hubungan dengan semua.
  48. Doa yang konsisten dan jelas.
  49. Maafkan semua orang.
  50. Minta maaf kepada semua.
  51. Jujur amalan harian.
  52. Datang lebih awal.
  53. Ilmu kewangan mesti di pelajari.
  54. Beri kucing makan. Jangan beri sisa.
  55. Cari Mentor.
  56. 365 hari mesti fokus. Tiada cuti untuk fokus.
  57. Jangan mudah putus asa.
  58. Sediakan pelbagai plan.
  59. Belajar ilmu pemasaran. Gunakan serta merta ilmu yang dapat.
  60. Jadi fleksibel.
  61. Kumpul data base.
  62. Senyum sentiasa.
  63. Tegur semua. Kita mesti tegur dahulu.
  64. Puji semua orang. Hatta pencuci toilet sekali pun.
  65. Ucap terima kasih.
  66. Berkongsi ilmu dengan orang lain.
  67. Ubah penampilan & sentiasa kemas.
  68. Buat dengan cara yang terbaik semua perkara di atas.
  69. Tawakal kepada Allah.

Tahun pertama adalah tahun yang mencabar. Banyak kesilapan berlaku dalam tempoh tersebut. Perbaiki. Keputusan boleh di perolehi selepas 1 tahun. Ada kejayaan mula datang. Ada cabaran baru mula muncul. Sabar & terus berusaha. Proses awal ini ramai yang kecundang. Tapi jika peta berada di tangan, melangkah tahun ke 2 dengan steady. Pengalaman satu tahun berjaya mematangkan kita. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
  

20140925

TIP BISNES DARI RUMAH: UNTUNG.

Bismillah. Menjalankan perniagaan dari rumah adalah perkara biasa dewasa ini. Bagi yang baru berjinak - jinak dengan bisnes, adalah lebih baik bermula begini. Modal pun tidak perlu besar. Duit sewa kedai pun tak payah. Jangan terikut - ikut dengan Usahawan yang lain. Kita dengan trek kita sahaja. Fokus kepada satu produk yang kita pilih. Banyak sangat produk akan mengakibatkan kita kehilangan fokus. Dalam bisnes kecil atau besar akan ada kategori untung yang mesti kita ambil tahu. Kategori untung boleh di bahagi kepada 4.

1 : Untung kecil kadang kala.
2 : Untung kecil konsisten.
3 : Untung besar kadang kala.
4 : Untung besar konsisten.

Ramai Usahawan tergesa -gesa mahu kategori keuntungan nombor 4. Ini perkara normal. Bisnes mahu untung banyak & nak segera. Sebagai matlamat nak menjadi Usahawan berjaya dari rumah , kita mesti ada sikap sabar. Biar kita mempunyai stamina seperti pelari maraton. Tidak mudah mengah dalam jarak jauh. Nikmati dahulu jualan angka kecil.Tidak mengapa. Lebih baik untung kecil daripada rugi kecil. Teruskan lagi upgrade ilmu. Pantaskan tindakan. Bina tribe. Untung kecil tetapi konsisten mesti di rasai jika sudah upgrade ilmu, skil & tindakan. Jika kita dah boleh uruskan perkara yang kecil, kita boleh belajar bagaimana uruskan perkara yang besar dengan lebih mudah . In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu! 
   

20140924

TIP BISNES DARI RUMAH: RISIKO.


Bismillah. Jangan kecut perut jika berbicara tentang risiko. Apabila kita memulakan perniagaan bisnes dari rumah, ada beberapa jenis risiko yang mesti kita ambil tahu. Mesti pandai melihat bisnes kita kategori apa. Tidak mengapa bermula dengan kecil, untung ciput, bisnes tidak glamour, jual produk orang lain atau masih jahil dalam ilmu bisnes. Semua orang yang hebat juga pada peringkat awal pun banyak yang tidak tahu. Jika mulakan bisnes kita dari rumah ada 4 risiko yang bakal terjadi:

1 : Rugi kecil.
2 : Untung kecil.
3 : Rugi besar.
4 : Untung besar.

Ini aje. Proses untuk mendapatkan untung besar mesti ada peralihan masa. Mesti ingat 2 ayat ini, mesti sematkan dalam minda ya. TAMAK & TAKUT. Kawal dua emosi ini. Ramai Usahawan mahukan untung yang besar secara tergesa -gesa. Pasti kita berjaya memperolehi untung yang besar jika sentiasa berjaya untung kecil setiap hari. Rugi kecil tidak mengapa, ianya yuran untuk berjaya. Takut untuk rugi bermaksud takut untuk berjaya. Rugi boleh menjadi guru yang hebat. Semua Usahawan dari rumah pernah rugi. Cuma Usahawan berjaya bertindak dengan cara berbeza bila menghadapi situasi tersebut. Rugi tidak berjaya menghalang mereka ini untuk terus berusaha. Malah mematangkan fikiran mereka. In Shaa ALLAH. Amin. He2 kopi satu!

Ps : Di Truetech Group, Ceo berkongsi ilmu bisnes bagaimana menjemput jualan kecil dahulu. Biar kecil tetapi berhasil. Dengan izin Allah.
 

TIP BISNES DARI RUMAH: SIMPAN & LUPAKAN.


Sebagai Usahawan dari rumah, kita mesti ikat perut di awal permulaan bisnes kita. Mesti simpan sedikit dari jualan yang pertama lagi. Tetapkan matlamat kewangan dengan jelas. Tuliskan di atas kertas matlamat kita itu. Memang pada awal angka yang kita simpan itu sangat sikit & kecil. Satu digit atau dua digit. Angka kecil ini bergerak sangat perlahan pada awalnya. Bosan & malas pada peringkat ini. Ini perkara biasa. Apa yang kita lakukan ini untuk menjadikan sebagai habit. Tabiat ini mesti di buat bersungguh sungguh jika mahu menjadi seorang Jutawan Bisnes Dari Rumah. Tangguhkan dulu segala kemahuan, keseronokan, percutian & menjamu selera makanan yang mahal. Fokus perkara ini. Bagi yang baru nak bermula. Ceo drafkan cara untuk kita boleh bertindak segera. Ambil kertas & tulis ini.
Cabaran Menyimpan 30 Hari.

Aku mesti simpan minima rm10 sehari. Oleh itu aku mesti pergi ke Bank setiap hari pada jam 9.30 pagi. Aku mesti isi borang simpanan setiap malam sebelum tidur. Aku mesti mempunyai wang minima rm300 sebelum 30 haribulan. Semoga Allah permudahkan segala urusan cabaran ini. Amin.

Yang Benar,
Aku Hebat, Kaya & Berjaya.
22 September 2014.

Ini hanya contoh. Biar angka berbicara. Biar angka bercakap sebagai testimoni. Angka tidak menipu. Apa yang kita buat ini sebagai tapak untuk membina kekayaan. Bermula memang kecil tetapi masa akan menentukan sejauh mana kejayaan yang hendak kita capai. Mungkin nampak sangat mudah & boring. Bagaimana nak urus rm1000 jika nak simpan rm10 pun payah. Ini juga boleh menjadi kayu pengukur kejayaan kita. Bila usia bisnes kita setahun kita dah ada result di mana tahap kewangan kita selepas 365 hari kita berniaga. Mungkin rm3650 atau mungkin berganda. Simpan tidak akan kalah. Simpan tidak menjadi kita miskin. Kita sudah mencipta akibat yang akan datang. Tembok kewangan bertambah kukuh dari hari ke hari. Dari merangkak kita menaiki roket ke angkasa menuju ke Planet Jutawan. Dengan izin Allah. Amin. He2 kopi satu!